Sunday, June 17, 2012

Siapa kah "Ustaz" Azhar Idrus?

Who is the so-called   "Ustaz" Azhar Idrus?

Petikan dari:  
http://www.mykmu.net/?p=20446

"..... Azhar Idrus....... ialah tentang kegemarannya ‘melawak jenakakan’ syarahan agama.  Menurut Sheikh Akrama, perbahasan atau perbincangan isu keagamaan oleh ahli agama mestilah berlaku dalam keadaan tenteram, saling menghormati dan menjaga ADAB dalam berbahasa.

Menurut Sheikh Akrama lagi, ini sesuai dengan Firman Allah swt yang bermaksud, “dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang baik”.

Sedangkan kalau nak dibandingkan dengan ceramah Azhar Idrus, penuh dengan lawak jenaka tidak perlu dan kata-kata yang menganjur kepada benci membenci sesama Muslim yang lain.  Tidak lagi disebut tentang sindir menyindir individu tertentu yang tidak selari pendirian dengannya dan agama baru yang dianutinya, PAS.

Sebenarnya trend ini telah dilakukan lama oleh penceramah PAS dan PKR (termasuk Nik Aziz), tapi ceramah mereka ialah CERAMAH POLITIK, bukan ceramah agama.

Berbeza dengan ceramah Azhar Idrus (sebelum ‘warna’ sebenarnya terdedah).
 Azhar Idrus sebenarnya tidak jauh beza dengan artis-artis yang terkenal kerana penyertaan dalam program realiti - segera, tidak berkualiti dan kalau pun ada yang baik, tidak bertahan lama.

Apatah lagi bila dari segi kelayakan untuk mengajar agama, hampir tidak ada, yang dia ada ialah kebolehan berpusing-pusing semasa bercakap.
Ikutlah nasihat ilmuan Islam seperti Sheikh Akrama yang bersusah payah datang ke Malaysia menyampaikan sendiri first hand information tentang ADAB  yang sebenarnya dalam menyampaikan ilmu agama."

1 comment:

  1. Salaam

    Senarai ulamak terkini Dunia yg popular:

    Kem Sufi Sunni - Sdr Yusuf Hamza http://en.wikipedia.org/wiki/Hamza_Yusuf

    ucapan http://www.youtube.com/watch?v=DELDFAE6p6c

    Kem Salafi Sunni - Sdr Yasi Qadhi http://en.wikipedia.org/wiki/Abu_Ammaar_Yasir_Qadhi

    ucapan http://www.youtube.com/watch?v=eksjD4OHa8M

    Mereka ini Dgn izin Allah Top rated Ulamak..berceramah dan berdialog dgn calang2 bukan Islam Di Amerika,UK,Asia,Australia..!



    Dari Malaysia hanya satu jer utz yg berani berceramah luar negara iaitu Utz Hussein Yee

    http://en.wikipedia.org/wiki/Hussein_Ye

    ucapan http://www.youtube.com/watch?v=rvzJpnvhB5k

    Saya bukan anti UAI..tapi selagi kata2 ucapan suka memanggil bodoh tak benti dari mulutnya..selagi tu lah sy anggap dia utz jaguh kampung..!

    Jazakullah.!

    ReplyDelete