Sunday, December 2, 2012

Martabatkan Islam dalam Pemerintahan Negara


Pastinya rakyat sudah mengenalpasti kewujudan penerapan Islam di dalam polisi dan urus-tadbir Kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional.




Contohnya 
1. JAKIM, dan penghormatan dunia terhadap cop 'Halal' yang dikeluarkan oleh JAKIM.
2. Kurikulum KAFA di sekolah kerajaan;
3. kemudahan surau, musollah di hampir se tiap lokasi awam di seluruh negara - kompleks membeli-belah, hospital, tempat riadah, R&R, pejabat, dll.
4. TV Al Hijrah di kaca TV.
5. Program-program berunsur Islamiah,ilmu dan dakwah di radio, TV, media cetak yang semakin banyak dan kerap.
6. Penghormatan terhadap para agamawan dan pendakwah Islam di kampung, bandar, media.
7. Kebebasan dan galakan diberikan kepada pendakwah Islam untuk berceramah di seluruh negara dan berkongsi ilmu dengan pendengar.
8. Program TV yang mengajak kepada kebaikan dan perbincangan berhemah: Forum Perdana, Bicara, Dialog, Halaqah, berbagai sesi mengajar Al-Quran, Siri untuk kanak-kanak Islam.
9. Radio: IKIM FM 
10. IKIM: Institiut Kefahaman Islam.
11. Kewujudan dan memperkembangkan Institiut-institiut  Pengajian Tinggi yang menegakkan Islam di dalam pentadbiran atau Fakulti nya, contohnya: UIA, KUIS, KUIN, KIST, Kolej Islam Klang, Fakulti Islam/ Syariah dan dan puluhan lagi di IPTA dan IPTS.
12. Mengurangkan jurang ekonomi, mengurangkan jurang antara yang miskin dengan yang kaya, di antara orang Islam dan bukan Islam di Malaysia. 
13. 20-40 tahun dulu, kebanyakan orang Islam tinggal di kampung dan tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah atau IPTA/ IPTS dengan pendapatan sendiri. 
Pelan strategik Pemerintah terdahulu, yang diterajui oleh barisan pimpinan Barisan Nasional, yang berpandangan jauh, telah membolehkan ratusan ribu, malahan berjuta-juta anak-anak orang Islam di Malaysia, berpeluang melanjutkan pelajaran di IPTA/ IPTS di dalam dan di luar negara. 




Anak-anak orang Islam itulah kini hidup lebih mewah dari orang tua mereka, dan kini menikmati kesenangan kerjaya dan kehidupan di bandar-bandar.
14. 20-40 tahun dulu, kaum bukan Islam monopoli sebahagian besar kehidupan di bandar-bandar kerana kekuatan ekonomi mereka sejak 50-100 tahun dahulu.
15. Kewujudan Yayasan-yayasan yang telah banyak menaiktaraf pendidikan dan kehidupan anak-anak orang Islam di Malaysia, contoh, Yayasan Selangor.
16. Kewujudan FELDA. Ini membolehkan kaum yang beragama Islam kini sama-sama menikmati hasil usaha penerokaan dan hasil pengeluaran tanah/ perladangan yang diurustadbir dengan konsisten dan sistematik oleh Pemimpin-pemimpin FELDA. Tanpa projek FELDA, hartanah sudah lama digadai kepada orang bukan-Islam yang ada 'buying power'.
17. JPA: Biasiswa JPA dalam tempoh 30 tahun, telah memberi ruang kepada ratusan ribu orang Islam untuk sama-sama bersaing dengan bukan-Islam di Institiut Pengajian Tinggi. hasilnya? Malaysia menikmati hasil kejayaan orang Islam yang berkerjaya dan menerajui dan memimpin berbagai sektor industri, sektor ekonomi dan sektor kesihatan/ perubatan.



18. MARA: Pembiayaan oleh MARA dan kewujudan ITM (uITM) telah memberi peluang kepada ratusan ribu anak-anak orang Islam untuk bersaing dengan anak-anak bukan Islam, dalam sektor pendidikan dan perniagaan.


Pastinya banyak lagi perkara yang boleh disenaraikan oleh para pembaca, yang saya sendiri tidak mampu nak senaraikan, tetapi ini hanya sedikit sahaja untuk tatapan dan renungan kita bersama.
Saya amat berharap pemerintah akan terus memantapkan lagi usaha murni untuk menegakkan Islam secara berperingkat-peringkat yang pastinya diterimapakai oleh rakyat bukan Islam, sekiranya mereka diberi penjelasan yang berhemah tentang kecantikan dan 'universatility' Islam itu sendiri.

InsyaAllah Barisan Nasional akan terus memerintah dan akan dapat juga:

1.   Memartabatkan peranan Para ilmuwan ugama Islam di dalam pemerintahan Barisan Nasional,
2.   Memberi ruang dan jawatan Menteri kepada Ilmuwan Islam di dalam Parlimen.
3.   Mewujudkan Kementerian Ugama Islam dan Perpaduan Ummah di dalam Barisan Nasional
4.   Mewujudkan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, yang bertauliah dan dihormati masyarakat.
for illustration only
for illustration only



5.   Ketengahkan dan mewujudkan jawatan “penasihat ugama “  untuk Ilmuwan muda dan para Graduan  universiti dalam bidang keugamaan, di dalam semua organisasi kerajaan dan agensi UMNO.
6.   Mengutamakan peranan dan guna-pakai nasihat (input) dari para Ilmuwan Ugama di dalam pembuatan polisi-polisi dan Dasar- dasar pemerintahan Negara dan negeri.

No comments:

Post a Comment