Sunday, December 23, 2012

Penjualan Arak berleluasa di dalam DUN Bangi


Senangnya arak dijual di BANDAR BARU BANGI, di mana 90% penduduknya adalah Muslim.

DUN Bandar BANGI dikuasai dan ditadbir oleh PAS, Parti Islam Malaysia.

http://www.anwaraidc.com/?p=30071


Ketua Unit Perancangan Korporat & Perhubungan Awam MPKJ, Shariman Mohd Noor berkata penjualan arak di kedai serbaneka dibenarkan jika kandungan alkoholnya kurang daripada 10 peratus, tetapi jika kandungan melebihi 10 peratus kelulusannya hendaklah dipohon melalui Pejabat Daerah.
“Sebenarnya, kalau ikut arak apa semuanya, minuman keras yang melebihi 10 peratus alkohol, dia bawah Pejabat Daerah…Tetapi kalau kurang 10 peratus alkohol, macam Heineken, Carlsberg, Jolly Shandy apa semua ini, ini (yang) kurang 10 peratus alkohol, ia tak ada masalah, boleh jual di tempat-tempat terbuka,”katanya.
Menurut Shariman tidak menyalahi undang-undang, kedai serbaneka menjual arak secara terbuka kerana polisi PBT membenarkan penjualan arak yang kandungan alkoholnya kurang 10 peratus di premis yang sah.
“Kita boleh minta kerjasama macam 7-Eleven apa semua.. Tapi kalau macam katakan penduduk nak suruh kita hentikan..(jika) Premis tu tak ada masalah, maksudnya dari segi premis, CF semuanya ada, (maka) kita okay.


ADUN BANGI , Dato Shafie (PAS) .....time for you to go.

No comments:

Post a Comment