1. Sudah
tiba masanya se tiap orang yang beragama
Islam bersatu dan melantik se orang pemimpin di dalam dunia Islam untuk
membentuk PASUKAN TENTERA ISLAM ANTARABANGSA.
2. Ia
akan menggantikan kebergantungan kita kepada NATO dan PBB.
3. PBB
pada asalnya ditubuhkan untuk memastikan kesinambungan kewujudan Israel, dan bukannya untuk keadilan dunia
sejagat. PBB dicipta sejurus selepas Israel diwujudkan.
4. Justeru,
PBB tidak wajar diharap-harapkan oleh Malaysia mahupun mana-mana Negara Islam
untuk membantu atau menyokong orang-orang Islam yang ditindas atau diserang
oleh musuh.
5. PBB
mahupun NATO tidak akan datang tergesa-gesa
untuk melepaskan orang Islam yang tertindas atau dizalimi oleh musuh Islam. Itu
bukan manifesto mereka, maka kenapa perlu kita mengharapkan kepada mereka, dan
apakah perlunya kita mengadu kepada mereka?
6. Negara
Islam yang meminta PBB (yang
berkiblatkan Israel) atau NATO (yang berkiblatkan Amerika-Israel) untuk
membantu menyerang balik musuh Islam, adalah satu perkara yang harus dipandang
hina; dan memalukan agama sendiri.
7. Negara
Islam dan semua orang Islam, pada pokoknya, di dalam ajaran Islam itu sendiri, ada
kekuatan dan keupayaan tersendiri untuk mewujudkan “NATO-I” atau “PBB-I” sendiri.
8. Asasnya,
permulaannya, ialah: KITA WAJIB BERSATU HATI. BERSATU HATI DAN NIAT UNTUK
BERJUANG MEMPERTAHANKAN SE TIAP TANAH AIR ORANG ISLAM YANG DISERANG ATAU DIRAMPAS OLEH MUSUH ISLAM.
9. Perjuangan
Pasukan Tentera Islam Antarabangsa akan merentasi sempadan (sans frontier) dan
merentasi Negara.
10. Faktor ini akan memastikan penyatuan hati dan niat di
kalangan ahli-ahli tentera untuk berjuang atas nama agama semata-mata, justeru
melenyapkan kekeliruan mengenai kenegaraan dan kebangsaan.
11. Pasukan Tentera Islam Antarabangsa adalah satu-satunya platform untuk se tiap
Muslim di seluruh dunia untuk bersatu dan berjihad khusus untuk (defend)
melindungi mana-mana negeri atau Negara Islam
(yang di perintah oleh orang Islam) yang diserang oleh musuh Islam.
12. Kita sama-sama berdoa akan ada Badan atau pemimpin Muslim berkaliber (yang bukan menyokong liberalisme) yang
akan diberi mandat untuk memulakan proses ini.
13. Dengan kerjasama rapat antara pemimpin, para
agamawan, Majlis Fatwa Antarabangsa, media perdana dunia (yang bukan dimonopoli
oleh Yahudi), jutawan Muslim, pakar-pakar Muslim yang berkaitan dan lain-lain perbadanan Islam yang sedia ada,
saya percaya dan yakin Pasukan Tentera Antarabangsa ini akan terlaksana juga
akhirnya.
14. Malangnya parti-parti politik yang mengaku
ianya sahaja “Islamik”, lebih ghairah dan tertumpu tenaga untuk “berdoa” merosakkan dan memusnahkan perpaduan di
kalangan saudara Islam se Negara. Berdoa unutk merugikan umat sendiri. Tujuannya?
Sebab amat ghairah ingin merebut kuasa pemerintahan Negara, walaupun amat lemah dalam urus-tadbir pemerintahan di peringkat
negeri/wilayah selama 20 tahun, sehingga sebahagian besar rakyat negerinya
berhijrah ke negeri-negeri lain untuk mencari kerja dan rezeki.
No comments:
Post a Comment