- Meskipun sudah terang lagi bersuluh, tidak wujud unsur rasuah dalam pembelian Scorpene- kapal selam konvensional terbaik di dunia dari aspek kemampuannya- namun geng pakar fitnah a.k.a. Tian Chua, begitu ghairah mempolitikkannya sehingga (SUARAM yang dibiayai oleh Agensi pro-Zionist) bersungguh-sungguh membawa peguam Perancis William Bourdon dan Joseph Breham ke Malaysia, dan kini ke Singapura pula.
- Banyak sungguh duit SUARAM itu. Dari mana datangnya?
- "Taklimat" Scorpene oleh kedua-dua peguam itu di Singapura kelmarin, diragui motif dan kredibilitinya.
- Sesi di Singapura telah dihadiri oleh Pengarah SUARAM Cynthia Gabriel, Tian Chua (PKR), Mohd. Hatta Ramli (PAS) dan Tony Pua (DAP).
- Yves Charpenel, pendakwa Kerajaan Perancis, yang menafikan lapuran palsu media portal (pro-pembangkang), meminta media di Malaysia membezakan antara khabar angin, fakta, siasatan dan perbicaraan.
- Beliau berkata," se seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapalterbang dan pergi ke Malaysia, dan meminta se seorang menjawab soalan-soalannya. Ini adalah mustahil, ia bertentangan dengan undang-undang Perancis; ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa". (Tapi itu lah cara SUARAM bergerak...iaitu melanggar undang-undang dan menipu rakyat)
- Tian Chua dan gengnya di SUARAM dan penyokong-penyokongnya, lebih ghairah menghabiskan masa dan hayat mereka untuk memfitnah bertalu-bertalu, semata-mata untuk mempengaruhi minda rakyat dalam suasana kebencian terhadap pemerintah Malaysia.
- Niat dan usaha mereka ini untuk membela nasib rakyat yang benar-benar ditindas? Jauh sekali.
- Bandingkan peratusan usaha gigih mereka ini dalam menyemarakkan semangat kebencian, dengan peratusan usaha mereka dalam bantu-membantu untuk memberi perlindungan kepada kaum Muslim Palestin, Bosnia-Herzegovina dan Afghanistan yang amat dizalimi, contohnya.
- Berapa kali sudah anda lihat/ baca Tian Chua dan gengnya turun padang untuk "menjayakan" demonstrasi jalanan dan kempen-kotor-"Bersih"?
- Berapa kali sudah anda lihat/ baca Tian Chua dan gengnya turun padang bersama NGO Malaysia ke lokasi Rohingya-Myanmar, Semenanjung Gaza, Bosnia, Sudan atau Acheh (Tsunami) untuk membantu kaum yang amat tertindas dan serba kekurangan?
- Kita perlu berwaspada dengan se tiap berita yang sengaja dibawa oleh mereka ini, yang mempunyai motif yang jahat dan menjijikkan untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat negara ini yang telah sekian lama dibina.
Thursday, November 29, 2012
Tian Chua dan SUARAM Peralatkan Peguam Perancis Bourdon untuk terus Hidupkan Fitnah Scorpene
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment