Thursday, November 15, 2012

Wasatiyyah dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia



Petikan dari 
Ceramah dalam sesi Dialog, RTM 1, jam 10.00 malam,
 14hb. November 2012
Penceramah jemputan  : Dato’ Seri  Jamil Khir Baharom

Topik: Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Konsep Wasatiyyah-  bertujuan mewujudkan umat yang se imbang, yang mengimbangkan antara keyakinan dengan akhirat dan dunia.

Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia di mana wujudnya  80 kaum etnik, konsep Wasatiyyah relevan dan boleh digunapakai .

Contohnya, Rasullallah s.a.w. telah berpindah (hijrah) dari Mekkah ke Madinah,kemudian Madinah diangkat menjadi  Negara maju makmur.  Asalnya Madinah mempunyai masyarakat majmuk ( Habsyi, Quraish, berbagai puak kabilah, Yahudi). 

Wasatiyyah mampu wujud di dalam masyarakat majmuk.  Ajaran rasulullah s.a.w.  membawa rahmat kepada seluruh alam, dan masyarakat sejagat.

Wasatiyyah mengajar kita saling menghormati, pada batas2 yang ditentukan.

Wasatiyah adalah tunggak untuk menunjukkan kesederhanaan

Wastiyyah- dalam terminologinya- tidak bermaksud  sama rata semata-mata.  

Kerajaan Malaysia memperuntukkan  $775 juta  untuk membangunkan program agama dan spiritual  di Negara Malaysia, di bawah seliaan JAKIM.

Berbagai program melalui GTP, TTP, NKRA telah digerakkan untuk kebaikan semua. Melalui kesinambungan wawasan dari era Tun Dr. Mahathir Mohamed (Wawasan 2020) ke konsep transformasi Dato Sri Najib Abdul Razak kini, matlamat 2020 negara maju dan agama, termasuk pendidikan (rohani) akan terus berkembang dan  se iring.
Peningkatan mahkamah syariah juga terus di laksanakan.

Alhamdulillah Malaysia kini adalah peneraju dalam berbagai aspek Islam, umpamanya, konsep wasatiyyah, kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa,sistem  takaful Islam, hub Halal, dan Tabung Haji, semuanya di iktiraf dunia.

Kepercayaan Liberalisme- pluralisme- difahami orang bahawa semua agama itu sama, matlamat yang sama, iatu ke arah Syurga yang sama, dan Tuhan yang sama.

Pluralisme agama ini berbeza dari  perkataan ‘Diversity’ (kepelbagaian agama) -plurality- yang wujud di zaman rasulAllah, di mana di dalam kepelbagaian itu  masyarakat saling menghormati, selari dengan konsep ‘demokrasi’, tetapi agama yg diredai Allah adalah tetap Islam.

Islam tidak se sekali disamakan taraf atau darjatnya dengan agama lain (komen saya)

Jakim dan Majis Agama Islam Negeri2 tidak membenarkan orang keluar Islam. Di samping itu, JAKIM juga  menggunakan berbagai  pendekatan2 dakwah untuk menangani perkara ini

Madrasah Al Yamani




Komen saya selaku Hamba Allah yang dhaif ini:
Carilah persamaan
Elakkan perpecahan
Perpecahan akan membuatkan umat Islam lemah dan mundur. Ini lah yang ditunggu-tunggukan oleh kaum kafir, Yahudi dan Nasrani.
Berhati-hati dengan hasutan dan bisikan jahat halus oleh orang-orang munafik,  Fasiq dan kafir.
Galakkan persaudaraan sesama Islam.
Itu lah Islam
 Versi Islam hanya satu.


Visited the sacred Masjid Al Aqsa in  2010/ 1431H


 Selamat menyambut Maal Hijrah, semoga kita semua berhijrah kepada Kebaikan,  Kebenaran dan Ketaqwaan mulai tahun H1434 ini.....sama-sama lah kita bertaubat dan meminta rahmat dan keampunan dari YANG ESA DAN PENCIPTA KITA.

--Ameen--


No comments:

Post a Comment