Saturday, January 5, 2013

Pelawak terkenal Azhar Idrus: Part 2

http://theflyingkick.blogspot.com/2013/01/terimalah-hakikat-azhar-idrus-adalah.html


Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun bergurau.

 Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang melampau-lampau.
Isu-isu agama dijawab secara lawak jenaka, mainan bahasa dan penceramah agama yang tidak sealiran dengan beliau dipanggil bodo, bahlul di dalam ruang Masjid. 


Yang mendengar ceramah beliau lebih banyak ketawa mengekek daripada menjadi insaf dan menambah nilai keimanan dalam diri.

Di tangan Azhar Idrus, ajaran agama Islam telah direndahkan setahap pentas jenaka. Ajaran agama disampaikan untuk menarik populariti dan menjana kewangan. 


Justeru tidak hairan biarpun beberapa pandangan penceramah ini menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam di negara ini ia tetap dibiarkan berleluasa.


Sumber:  theflyingkick.blogspot

1 comment:

  1. Yang pasti, di laman sosial, segala ceramah, ucapan, bukunya akan dirujuk untuk apa jua permasalahan agama. Apa saja yang keluar dari mulutnya akan diterima BULAT-BULAT...akan dinaikkan sebagai tuan guru dan ulama nanti Ustaz ini oleh puak fanatik...

    ReplyDelete