Thursday, January 24, 2013

Peperangan bukan Tentera (perang psikologi): Bhgn 3


PEPERANGAN BUKAN TENTERA - BAHAGIAN 3


CIA & NED connection

-artikel asal (English, 18 Ogos 2009, rainbowoftruth.blogspot)


Bagaimana Washington dan CIA- agensi-agensi (National Endowment for Democracy) NED  mengatur secara terperinci pergolakan di Iran, harus dianalisa oleh rakyat dalam konteks lanskap politik jalanan yang kini giat digalakkan oleh parti politik tertentu di Malaysia.  

Malaysia akan menjadi mangsa berikutnya sekiranya memilih untuk tidak mengindahkan petanda-petanda.  

Sila perhatikan persamaan-persamaan dalam strategi-strategi (CIA-NED) dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di Malaysia….

Biarkan saya mengemukakan beberapa perkara dari artikel 9hb Julai (dari globalresearch.ca) oleh Stephen Lendman, seorang research associate seperti di bawah.

1.      Berdasarkan sejarah Washington yang sentiasa mengapi-apikan ketegangan dan ketidakstabilan di rantau ini,  peranannya dalam revolusi-revolusi warna terkini (color revolutions) dan hasratnya untuk bertahun-tahun mengingini perubahan rejim di Iran, para penganalisis mempunyai sebab-sebab kukuh untuk mengesyaki Amerika sebagai dalang di belakang pergolakan selepas pilihan raya dan laporan media Barat yang berat sebelah.

2.      Rancangan CIA dilaporkan termasuk satu kempen propaganda yang terselaras,  maklumat palsu dan manipulasi matawang Iran dan transaksi kewangan antarabangsa.

3.      (Peranan “NGO” Amerika dan “penubuhan organisasi pro-demokrasi” disebut):  Kenneth Timmerman menubuhkan bersama Foundation For Democracy In Iran (FDI) dan menjadi pengarah eksekutifnya.  Dia juga merupakan seorang ahli jawatankuasa Committee on the Present Danger  (CPD) dan mempunyai hubungan rapat dengan American Enterprise Institute, organisasi yang sama yang menghasilkan Project for The  New American Century (PNAC), dinamakan semula sebagai Foreign Policy Initiative (FPI) kerana tujuan-tujuan yang serupa.

4.      Di sayap kanan (right wing) laman web newsmax.com, Timmerman menulis bahawa NED “membelanjakan berjuta-juta dolar di abad yang lalu bagi mempromosikan revolusi-revolusi warna di tempat-tempat seperti Ukraine dan Serbia, melatih pekerja-pekerja politik dalam komunikasi moden dan teknik-teknik organisasi.

5.      (Sokongan Barat serta pembiayaan kumpulan pengganas MKO:) “Pengganas Mujahedin Khalq Organization (MKO) dilaporkan memainkan peranan utama dalam memperhebatkan gelombang keganasan jalanan di Iran baru-baru ini.”  Mereka mengaku pernah dilatih di kem Iraq Ashraf dan mendapat arahan-arahan dari pos perintah MKO di UKuntuk menimbulkan huru-hara selepas pilihan raya dalam negara.” Mereka mungkin juga boleh dimasukkan sebagai pihak-pihak yang sengaja  mengapi-apikan keganasan dan melakukan pembunuhan yang disasarkan di jalan-jalan Iran selepas pilihan raya sebagai satu cara menyalahkan kerajaan.

6.      BBC: penipuan dan maklumat palsu pada laman webnya 17 Jun. BBC telah didapati menyiarkan kenyataan yang mengelirukan dan terpaksa menarik semula propogandanya.  Ia dengan secara ketara menampilkan foto di Los Angeles Times mengenai satu perhimpunan besar pro-Ahmadinejad (tanpa menunjukkan beliau melambai-lambai kepada perhimpunan) dan mendakwa terdapat satu bantahan anti kerajaan untuk Mousavi.

7.      Di  dalam USA Today, 26hb Jun, “Pentadbiran Obama bergerak ke hadapan dengan rancangan untuk membiayai dana kumpulan-kumpulan yang menyokong penentang-penentang Iran.”

8.      Terma “demokrasi, hak-hak kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang” berulang kali (disalah) gunakan untuk menyakinkan orang ramai yang tidak menyangka tentang justifikasi bahawa gangguan Barat (melalui pembiayaan  kumpulan pembangkang) di ehwal dalaman sesebuah negara, samada Iran atau di mana sahaja.  Stephen Lendman menulis, “untuk tahun lepas sahaja, USAID telah mendapatkan dana untuk ‘mempromosi demokrasi, hak-hak kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang di Iran,’ menurut laman webnya.”

9.      Memesongkan pendapat umum (untuk menentang sebuah negara kerajaan) menerusi kesan-kesan ke atas emosi-emosi awam merupakan satu kaedah peperangan psikologi.
a)  Pada 1990, Kuwaiti Nayirah telah menyiarkan cerita sedih yang sengaja direka-rekakan dan ternyata palsu mengenai tentera Saddam Hussein menganiayai bayi-bayi disebuah hospital di Kuwait.  Kesemua ini dimaksudkan untuk memesongkan pendapat umum AS supaya menyebelahi dan menyokong perang terhadap Iraq.
b)  Taktik serupa terhadap Iran adalah Neda.  Neda Agha Soltani adalah Nayirah hari ini - dibunuh di atas jalanan  Tehran oleh seorang pembunuh yang tidak dikenali.  Beliau kini dianggap sebagai pejuang penunjuk-penunjuk perasaan pembangkang. Insiden tersebut dan imejnya menawan perhatian dunia.  Ia telah dimasukkan di dalam talian dan diulang-ulang siarannya siang dan malam oleh media Barat yang menyalahkan kerajaan dan berusaha mendapatkan sokongan menjatuhkan kerajaan Iran.  Siapakah pula tokoh atau apa tindakan ngeri serupa Nayirah di Malaysia?

10. Dalam sebuah buku, “Full Spectrum Dominance,” Engdahl menerangkan penyelidikan RAND Corporation menunjukkan unsur-unsur konflik ketenteraan dengan cara lain. Dia menyebut dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh penyelidik-penyelidik John Arquilla and David Ronfeldt dalam tahun 1997 mengenai “cara-cara mengeksploitasi revolusi maklumat (information revolution) untuk tentera Amerika Syarikat.”  Dengan mengambil kesempatan ke atas organisasi yang berasaskan rangkaian hubungan melalui e-mel dan telefon-telefon bimbit untuk meningkatkan potensi mengerumuni, teknik-teknik IT boleh ditukar menjadi kaedah-kaedah utama peperangan.”

11.  Mereka menyebut satu revolusi maklumat menggunakan kemajuan “maklumat berkomputer dan teknologi komunikasi yang berkaitan dengan inovasi-inovasi dalam organisasi dan teori pengurusan.”  Mereka melihat “kenaikan jaringan pelbagai organisasi” menggunakan teknologi maklumat “untuk berkomunikasi, berunding, berkoordinasi, dan beroperasi bersama-sama merentasi jarak-jarak yang lebih jauh” dan berkata, keupayaan ini akan melibatkan konflik-konflik masa depan dan peperangan.

12. Mereka menganggap “mengerumuni” (swarming) sebagai satu cara bertindak dari semua arah, dari segi “semakin rapat serta dari kedudukan kebuntuan.”  Keberkesanannya bergantung kepada cara mengatur dan menggunakan unit-unit kecil yang mampu untuk saling berhubung menggunakan teknologi komunikasi revolusioner.

     * Artikel penuh
http://www.globalresearch.ca/index.php?konteks=va&aid=14148

Stephen Lendman ialah seorang penyelidik  bagi Centre for Research on Globalization
Stephen Lendman is a Research Associate of the Centre for Research on Globalization.

*Artikel berkaitan "colour revolution dan dalang"
http://colorrevolutionsandgeopolitics.blogspot.com/2011/11/belarus-rebel-stronghold-faces-empire.html
  
- dialihbahasa oleh Encik Mohamed Saleh Ismail, untuk Le Sourire Consultancy Sdn.Bhd)
   www.lesourire.com.my

No comments:

Post a Comment