http://malaysia-instinct.blogspot.com/2013/01/gereja-sediakan-makanan-penginapan.html
Jom kita sama-sama (evaluate) analisa agenda halus pergerakan pihak gereja Kristian di dalam Himpunan- himpunan, yang mana 90-95% - peserta - peserta adalah orang Melayu. Kurang 5% adalah dari bangsa lain. (Seperti biasa, sebahagian orang Melayu suka buang masa)
Di bawah adalah artikel dipetik dari Malaysia-instinct.
1st step: invite the aimless wanderers (non KL'ites) into the Church... |
"Diberitakan dan disebarkan dalam media maya termasuk Facebook bahawa Wisma Methodist dan gereja Gospel Hall Church menawarkan makanan dan tempat tidur bagi peserta demostrasi yang datang dari jauh atau yang ingin rasakan pengalaman santai rehat disamping melihat sendiri bagaimana organisasi mereka membantu 'rakyat jalanan'.
Menurut sumber dalaman, pihak gereja berbuat demikian adalah sebagai ingin melahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kumpulan pendemo yang berjuang bermati-matian untuk menuntut hak Kalimah Allah supaya dapat dimasukkan dalam kitab suci mereka.
Sebagai ucapan terima kasih maka pihak gereja bersedia membalas budi dengan menawarkan khidmat kesihatan percuma juga.
Lokasi kedua gereja hanya 5 minit dari Stadium Merdeka dan ianya amat selesa serta selamat bagi pendemo yang ingin bermalam di sana.
Menurut sumber kumpulan Himpunan Shamsidar, mereka agak kecewa bila masjid dan surau yang berdekatan tidak membuka ruang untuk mereka gunakan tandas dan tidur di ruang solat. Kenapa Gereja sanggup bersama kita dan masjid menolak kita ? Itulah luahan hati pendemo yang kecewa kerana tidak dapat bermalam di masjid Negara."
No comments:
Post a Comment