Thursday, September 27, 2012

Apa Niat sebenar Majlis Perundingan Agama mendesak Kerajaan

http://ridhuantee.blogspot.com/
abstract.

1. Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikhism dan Taoism, mendesak kerajaan dengan idea gilanya, supaya mata pelajaran agama-agama lain, mengikut nama pertubuhan agama tersebut, turut dijadikan mata pelajaran wajib anak-anak mereka, selain daripada mata pelajaran agama Islam untuk pelajar Islam.


2. Maka, hari ini ,sudah sewajarnya mata pelajaran agama Islam diwajibkan kepada semua pelajar.  

3. Bukan bertujuan untuk berdakwah kepada mereka agar memeluk Islam, tetapi mereka perlu mengetahui dan memahami isi kandungan umum agama persekutuan ini, bagi mengelakkan kekeliruan.

4. Islam mempunyai kedudukan yang istimewa berbanding agama lain. 

5. Lagipun semua nilai-nilai moral Islam turut dikongsi oleh agama lain.

6. Pada penganut agama lain, mereka hanya berteori sahaja, akan pentingnya agama dijadikan amalan hidup. 

7. Tetapi dari segi praktikal, jauh sekali untuk diamalkan. Amalan seperti seks bebasm judi, arak, zina, dan sebagainya langsung tidak ditegah.  Malah diiktiraf sebagai hak asasi manusia.

8. Artikel ini bukan bertujuan menafikan hak bukan Islam yang tinggal dalam sebuah negara Islam. 

9. Tetapi permintaan mereka untuk mengajar agama masing-masing di sekolah terlampau ultra kiasu dan mempunyai niat jahat untuk meminggirkan agama Islam.

10. Mereka mahukan layanan sama seperti mana kedudukan mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah. Mereka sengaja tidak mahu sedar, siapakah diri mereka sebenarnya?

11. Mereka bukan tidak sedar akan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan. Mereka fahami semua itu. Saya tidak yakin mereka jahil. Kenapa mereka mendesak sedemikian rupa? Tidak lain, untuk mematikan dan menghancurkan kedudukan dan keistimewaan agama Islam dalam undang-undang.

12. Hak yang telah diberikan lebih daripada mencukupi. 

13. Pergi kira berapa banyak rumah ibadat yang berselerakan di bumi Malaysia ini, lebih daripada 200 ribu, sedangkan masjid surau hanya ada dalam sekitar 30 ribu. Tokong Hindu sahaja sudah melebihi 100 ribu.

14.  Ingatlah wahai umat Melayuku yang rata-ratanya seagama denganku, jika saudara semua terlalu berpolitik dan berpecah, tuan-tuan tidak akan menjadi tuan lagi. Tuan-tuan akan menjadi hamba di bumi sendiri. Percayalah.

15. Orang lain terus aktif dengan perancangan jahatnya. 

16. Lihatlah contoh Suara Rakyat Malaysia (Suaram). Pertubuhan ini amat aktif sekali menyebarkan dakyahnya. Selain daripada bantuan Soros, mereka juga mendapat dana daripada sebuah think tank Jerman yang berpusat di sini, untuk memusnahkan agama Islam di negara ini.  

17. Sebenarnya banyak lagi pertubuhan luar negara yang menyalurkan dananya untuk menghancurkan Islam.

18. Saya yakin kita menyedarinya, termasuklah pertubuhan yang mendesak kerajaan untuk memperkenalkan mata pelajaran agama bukan Islam di sekolah, apakah kita masih buta?


No comments:

Post a Comment