Thursday, September 20, 2012

Kenapa banyak Syarikat Melayu yang lingkup


Dari se banyak-banyak syarikat Melayu yang dimulakan, se gelintir sahaja yang terus wujud bertahun-bertahun.
Jumlah syarikat Melayu yang berterusan ke generasi kedua....alahai...amat kecil sekali.
Yang se lainnya...mana pergi?



http://www.hidupringkas.com/2012/09/kenapa-banyak-syarikat-melayu-jahanam.html#more
Berikut adalah petikan dari Blog di atas.

Carilah ilmu bagaimana membina syarikat dari kecil dan besarkan dia sebesar-besarnya dan uruskan dia berlandaskan cara yang dibenarkan dalam agama.

Itulah sebabnya orang Islam perlu bina syarikat sebesar-besar yang mungkin. 

Itu adalah cara bijak menjadi muslim yang berniaga.

Cuba lihat apa akan terjadi jika Syed Mukhtar tidak ada. 

Syarikatnya tetap akan berjalan seperti biasa dan berbakti pada agama, bangsa dan negara walaupun tanpa kehadirannya. Adakah anda rasa keuntungannya tidak akan dirasai oleh beliau didalam kubur? 
Ya bergantung pada niat dan cara dia mengendalikan syarikatnya selama ini.


Dalam jawapan kedua di atas sebenarnya tersimpan rahsia kenapa banyak syarikat Melayu yang jahanam (Bangsa lainpun tidak kurang juga). 

Ramai yang mengidam jadi usahawan kerana nak buat duit sebanyak mungkin. Itu adalah matlamat yang tak berapa betul!.

Apabila kita niat berniaga untuk buat duit, kita berkemungkinan besar akan berakhir dengan buat duit, tetapi syarikat akan terlingkup namun kita sebagai tuan punya syarikat mungkin kekal kaya-raya.

 Itulah yang terjadi kepada banyak syarikat besar orang Melayu.

Tuan punya syarikat masih tetap kaya  namun syarikatnya yang gah suatu masa dulu tidak dikenali oleh generasi baru.


Tambahan komen dari saya: 

Sebelum kita menceburi dunia perniagaan, kenali lah dahulu dan dalami dahulu ugama se dalam dalamnya. 
Ugama kukuh, iman kukuh, baru ceburi perniagaan.
Kalau niaga dulu, kemudian datang kekayaan, tapi ugama tak kenal, lalai dan sesat lah padahnya.


-jom baca artikel sepenuhnya dalam  Blog yang tertera di atas-



No comments:

Post a Comment