Thursday, September 20, 2012

ROS memalukan bila nak siasat SUARAM


Dari myknu

"KECEWA benar rasanya membaca berita pegawai Jabatan Pertubuhan Pendaftar (ROS) dilarang memasuki premis SUARAM walaupun diiringi 2 pegawai polis dan dari segi undang-undangnya, ROS tidak perlu waran untuk masuk dalam bangunan pertubuhan yang mahu diperiksa.

Dahlah tu Ketua Pengarah ROS [Reistrar of Societies] boleh selamba bagi kenyataan dalam media kata ROS tidak dibenarkan masuk pejabat SUARAM, apa kelebihan mempromosikan kelemahan macam itu?

Rasa macam nak sepak saja TV dan buang dalam parit menonton kenyataan macam itu, tapi sayang, mahal.

Tak tahulah kalau ada yang tak perasan tapi kelihatannya, ada (bukan semua) agensi penguatkuasaan negara kita sekarang yang bertindak macam piranha tidak ada gigi, waima nak ‘gigit’ pertubuhan haram macam SUARAM.

Apa sebenarnya sudah jadi?  Ini siapa sebenarnya yang berkuasa, kerajaan atau pertubuhan haram macam ini?  Apa yang SUARAM boleh buat pun, itukan pertubuhan haram?

Kalau halang atau buat provokasi, tangkap.  Bukankah polis ada dan peruntukkan menangkap sesiapa yang menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas juga ada?

Bukan biarkan saja dan balik macam orang bacul.  Negara kita ada undang-undang, tidak sepatutnyalah hal-hal macam ini berlaku.  Seolah-olah ada yang lebih berkuasa dan lebih tinggi dari undang-undang pulak.

Sebetulnya kejadian terpencil seumpama inilah yang buat rakyat hilang keyakinan ke atas segelintir agensi kerajaan dan malangnya, diakhirnya nanti, kerajaan sendiri.

Siapa yang ketuai operasi ROS ini patut pikul beban akibat dari kejadian semalam.  Letak jawatan dan serah kepada orang lain untuk uruskan ROS kalau tidak mampu

Buat memalukan saja dengan tindakan seumpama ini.  Macam mana nak pertahankan undang-undang kalau hal kecil macam ini pun tak boleh nak uruskan?

Ini bukan salah undang-undang, juga bukan salah kerajaan tapi orang yang menjalankan tu.


Ramai orang kata dan penulis bersetuju, Malaysia ada undang-undang yang cukup mantap, Perdana Menteri dan kabinet yang cukup efisien, politik yang stabil dan sebagainya.  Tapi semua ini tidak bermakna kalau di peringkat perlaksanaan, lemah, seterusnya tidak berkesan.

Dahlah lemah, pi bagitau orang pulak!!"

No comments:

Post a Comment