Monday, September 17, 2012

Petronas : Has anybody noticed anything about the GLC Management

Do you see what I see?

Read this article I came across today.

http://malaydelima.blogspot.com/2012/09/dap-cuba-rampas-petronas.html

1."Ramai rakan-rakan yang berada dalam industri minyak dan gas, yang berasa sangat pelik, hairan, khuatir dan risau dengan perkembangan terkini yang berlaku dalam Petronas. Mereka kata, kalau sebelum ini, mereka hanya bertemu dengan kalangan profesional berintegriti tinggi, mempunyai semangat nasionalisme yang utuh – nampaknya trend ini semakin berubah. 

2.Sudah ada perkembangan yang sangat tidak positif berlaku di dalam Petronas.

3.Petronas hebat selama ini dengan usaha, komitmen, kerja keras dan semangat nasionalisme pekerja Petronas sendiri. Mereka jatuh dan bangun dengan Petronas. 

4.Setia dengan syarikat itu walaupun mendapat tawaran berpuluh kali ganda daripada syarikat utama dunia yang lain.

5. Sayangnya, satu demi satu, individu dan ‘kroni’ seorang pemimpin kanan Petronas dibawa masuk tanpa sebarang tugasan yang spesifik.


6. Main bawa masuk kawan sahaja?

7. Ada kalangan mereka yang baru dilantik dibayar dengan harga puluhan ribu USD – dan hanya memainkan peranan sebagai Advisor!!!"         -end of quote-

Jom read the full article. 

Kita harus  imbas semula siapa yang mengambil inisiatif untuk mewujudkan government-linked company (GLC); dan apa tujuan asal adanya GLC di Malaysia.

Pada fahaman saya yang cetek, GLC asalnya disyorkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, bagi menaikkan taraf ekonomi kaum Bumiputera yang amat tertinggal ke belakang (economically disadvantaged) di Tanah Air sendiri, di dalam sektor kewangan dan ekonomi, berbanding kaum Cina yang monopoli ekonomi sejak kurun lepas, 1800an lagi, apabila mereka merantau ke rantau ini.

Harap pucuk Pimpinan negara.. DO SOMETHING



1 comment:

  1. Memang benar, GLC, baik di peringkat Federal, atau di peringkat negeri-negeri ditubuhkan di bawah Dasar Ekonomi Baru(DEB) bagi mencapai objektif sekurang-kurangnya 30% equiti Melayu/Bumiputra di dalam kek ekonomi negara menjelang tahun 1990.

    Semasa DEB dilancarkan pada 1971, hampir semua syarikat-syarikat swasta dimiliki oleh kaum Cina. Kaum Melayu hanya bekerja sebagai pegawai Kerajaan, termasuk tentera dan polis. Syarikat-syarikat milik kaum Cina enggan mengambil pekerja Melayu, kecuali untuk kerja-kerja seperti bodyguard, pemandu dan budak dispatch.

    Tidak banyak syarikat milik Melayu di pasaran yang boleh memberikan peluang dan pengalaman kepada bakal-bakal usahawan Melayu. Jika ini tidak dapat di atasi, bagaimana objektif DEB akan tercapai?

    Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan menubuhkan syarikat-syarikat GLC, bagi memberi peluang dan pengalaman kepada orang Melayu yang ingin 'terjun' ke bidang business.

    ReplyDelete