Friday, September 14, 2012

Selangor negeri terkaya tak mampu urus sampah jelas lemah tadbir

http://wartashubhi.blogspot.com/2012/05/mb-selangor-selesaikan-sampah-sebelum.html
(dari blog wartashubhi)

"...Dalam sehari dua ni aku tengok dalam tv dan baca paper depa dok fokus pada masalah sampah yang tak terurus di beberapa tempat di Selangor. Sampah yang sepatutnya dikutip tiga kali seminggu kini dah jadi hanya sekali seminggu. Itupunkekadang boleh missed terus tak kutip seminggu. Ada juga komplen kontraktor hanya datang bawa lori satu tan biasa untuk kutip sampah dan bukannya lori kompaktor khas kutip sampah. 
Sampah dari sisa makanan tu bila buat keluar air, bau dia alahai bukan main busuk dan kalau depa mai bawa lori satu tan, satu taman terseksa dengan bau macam ikan busuk dan seribu satu macam lagi bau ngeri.



"Hari tu aku dengar PKR umum kehebatan kerajaan SELANGOR sekarang kumpul duit sampai ada jumlah simpanan RM1.5 billion dan negeri Selangor sekarang ni tak ada hutang. WOW! Hebat aku dengar tapi aku musykil jugak depa nak buat apa dengan duit banyak tu. 

"Aku dapat tau tender kutip sampah diberi pada syarikat yang belasah masuk dengan harga paling rendah dan tak peduli samada syarikat tu ada kelengkapan cukup atau tidak. Ada jugak syarikat yang baru tubuh diberi kontrak sebab harga dia paling rendah sehingga membunuh diri. 

"Ada beberapa syarikat yang akhirnya terpaksa surrender kontrak sebab tak mampu buat kerja dengan harga gila yang depa bubuh untuk dapatkan kontrak.

"Aku rasa biar kontraktor lawan harga bukan benda bijak sebab itu namanya kerja bunuh diri. Kita berniaga bukannya buat charity dan kalu tak untung tak payah berniaga lagi bagus pi joint pertubuhan kebajikan lagi bermanafaat. Buatlah harga siling yang patut dan mereka yang masuk harga tak logik elok reject terus supaya kerajaan negeri dapat pastikan kontraktor mendapat kelebihan yang secukupnya untuk perform dalam kerja mereka barulah orang tak komplain. Duit dok kumpul banak dan dok bermegah dengan duit banyak simpan tu nak buat apa?"
(end of quote)


KOmen saya:

MB Selangor dan Barisan Exco nya masih tidak selesaikan masaalah 'negeri Selangor busuk'   sejak mereka menamatkan perkhidmatan Alam Flora yang selama ini telah menguruskan sampah di Lembah  Kelang dengan baik (sehinggakan rakyat tak perasan betapa pentingnya kutipan sampah yang teratur, sehinggalah Alam Flora di 'lenyapkan' dari lanskap pemerintahan Parti Keadilan Rakyat a.k.a. PKR).

Sampah pun dipolitikkan oleh PKR.

Jelas lagi bersuluh.

Jelas bahawa Pemerintah Negeri Selangor, yang dikepalai oleh  PKR, amat lemah dari segi pentadbiran dan pengurusan pentadbiran.

Bersuluh : di tahap NEGERI sudah tidak terurus... kampung saya lagi bersih..  cuba bayangkan bagaimana teruknya NEGARA  ini sekiranya PKR dibenarkan mentadbir negara.

Malaysia (yang kini dikenali dunia sebagai Asian Tiger, di era pentadbiran dan dengan wawasan Tun Dr. Mahathir Mohamad) akan menjadi 3rd world country lah alamatnya. Na'udzubillah.

Kalau pengikut-pengikut taksub PKR (dan pak turutnya)  masih tak nampak, atau pura-pura tak nampak, tak perlu lah buang masa  kita  menerangkan berkali-kali  kepada mereka ini.

No comments:

Post a Comment