Sunday, August 1, 2010

Amerika biayai kejatuhan negara pimpinan orang Islam

Bismillahirrahmaanirraheem

Berikut adalah petikan dari artikel blog POCHONG:

1. Ketua majlis badan pemantau Pilihanraya Iran Ayatollah Ahmad Jannati mendakwa Amerika telah membayar AS$1 bilion (RM3.2 bilion) untuk menumbangkan pemerintah Teheran dan menjanjikan tambahan AS$50 bilion lagi jika kerajaan pimpinan Ahmedinejad hilang kuasa dalam pilihanraya yang diadakan pada tahun 2009, dakwa Ahmad Jannati kepada agensi berita IRNA.

2. Kalau kita merujuk apa yang berlaku di Iran selepas pilihanraya 2009 dengan situasi di Malaysia pada tahun selepas PRU ke 12 pada Mac 2008, didapati situasi yang berlaku hampir sama.

3. Di Iran permainan warna wujud oleh kumpulan Mir Hosein Mosauvi dan begitu juga di Malaysia permainan warna telah ditiupkan oleh kumpulan-kumpulan yang ada kaitan dengan Anwar Ibrahim.

4. Sebelum pilihanraya sekiranya diperhatikan wujud kumpulan baju kuning berdemonstrasi di Kuala Lumpur memprotes pimpinan kerajaan, dan di Iran wujud pula kumpulan berbaju hijau.

5. Keberangkalian Anwar dan Mousavi sebenarnya merupakan proksi Amerika tidak perlu dipersoalkan kerana keduanya tiada beda, mereka dibekalkan dengan fahaman demokrasi dan itulah yang ditiupkan kepada rakyat.

6. Dan pada masa sama slogan demokrasi yang ditiup oleh Amerika ke seluruh negaraIslam, dan kita ketahui pelbagai badan" democracy" ditubuhkan Amerika melalui NED di pelbagai negaraIslam bagi mencapai visi mereka menguasai negara Islam.



http://pochongmenulis.blogspot.com/2010/07/amerika-biayai-cubaan-jatuhkan-kerajaan.html