Monday, April 23, 2012

"BERSIH" 2.0, 3.0- CAMPAIGN: A SUBVERSIVE ACT


Sharing with you some information in detail about one of several subversive projects, termed "BERSIH", mounted and funded by foreign agencies, thereafter  (knowingly and unknowingly) executed faithfully by unsuspecting followers of the Opposition "alliance".

 I  have alluded my readers as far back in 2009, but the mainstream and alternative media did not pay much attention to the background of "Bersih" in their respective portal and print publications. This therefore allowed the campaign to be blindly supported  by many PAS, DAP and PKR followers who simply gather without doing much research into the existence of Bersih.

http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/10/ned-dan-penglibatan-ciliknya-di-negara.html   (2009, October)
 Other similar blogs are:

BERSIH adalah Tajaan NATIONAL ENDOWMENT FOR DEMOCRACY (NED).
This video exposes the covert agenda that BERSIH 2.0 led by Ambiga Sreenevasan, who is hellbent in bringing about the downfall of the Barisan Nasional under guise of bringing reforms in the election process here in Malaysia claiming that the National Elections Commission is corrupt or biased towards the ruling government.”


“TUJUAN Pakatan Rakyat (yang biasa disebut Pakatan haram ini) mengadakan demonstrasi dan aksi-aksi yang luar biasa di Malaysia ini ialah antaranya bertujuan mendapatkan perhatian dan simpati masyarakat.
Kalau masyarakat dalam negara tidak peduli, mereka akan dapatkan simpati masyarakat dunia yang tidak faham apa-apa berkenaan isu yang di demokan, hanya cari alasan untuk tuduh negara ini macam-macam.
Itu hakikat sebenarnya, kot-kot ada pulak yang tidak nampak lagi.

Dalam perhimpunan yang nak berlangsung lagi 1 minggu ini pun begitu juga.  Penulis yakin semasa artikel ini ditulis, skrip-skrip lakonan dan aksi yang nak dibuat semasa perhimpunan tersebut berlangsung sedang rancak dilakukan.

Siapa akan jadi zombie (mati hidup balik), siapa yang akan terkulai macam nak mati, siapa yang akan lari masuk hospital untuk mengelak tindakan polis dan sebagainya. “

“Percayalah, kami rakyat menanti dengan penuh minat persembahan wayang hidup ini.  Kebetulan filem-filem Melayu yang ada sekarang, semuanya semakin tidak menarik perhatian sejak terakhir dilanda demam Ombak Rindu.

Kami dambakan lakonan dengan aksi yang kelihatan spontan, walaupun tahu telah dirancang.  Hishamudin Rais, Jat Murad dan beberapa kerat artis 3 suku lain yang giat beraktivis dalam Pakatan haram, mampu merancang semua itu dengan baik.  Kalau tidak laku di layar perak, di layar Dataran Merdeka pun jadilah.

Anwar, ya Anwar..lupa pulak dengan pelakon paling hebat ini.  Apa akan jadi pada dia?  Itu hari bukan main lagi macam nak mati, walhal sudah disahkan Perdana Menteri sendiri bahawa polis diarahkan tidak menyentuhnya langsung,  maklum, dah tua, tulang semua masuk kategori reput, takut-takut niat nak jentik, berterabur pulak tulang temulang dari rongga.

“Semua ini sepatutnya menyedarkan rakyat, bagaimana pandainya puak-puak ini berpura-pura dalam nak mendapatkan simpati kita semua dan merendahkan imej kerajaan dalam masa yang sama.
Sedar dan sedarlah wahai rakyat Malaysia.  Nak jelas macam mana lagi baru nak faham taktik bodoh puak-puak ini semua?”.... komen dari mykmu.net


Kempen “BERSIH”  satu Gerakan subversive.
Modus Operandi CIA~NED Cetuskan Gelombang ‘Kuasa Rakyat’ Di Malaysia
“Philip Agee atau nama sebenarnya Philip Burnett Franklin Agee, mendedahkan modus operandi CIA (Central Intelligence Agency) ‘menakluk’ sesebuah negara menggunakan topeng demokrasi khususnya semasa pilihanraya umum sesebuah negara tersebut.

“Teknik lama CIA, (dengan) menubuhkan (sesuatu) organisasi (NGO) yang kuat (di kawasan) Pasifik yang akan terlibat dalam memantau pilihanraya atau sesuatu sepertinya.

“Yang pertama yang saya tahu adalah NAMFREL di Filipina, yang ditubuhkan sekitar tahun 1950-1951, sebagai salah satu usaha negara tersebut untuk menentang pemberontakan.
“Sebab kami mahukan instrumen (jentera) untuk menjadikan anggota kami (kader-kader/ proksi) sebagai Presiden Filipina.

“Dan kami melaksanakannya melalui organisasi ini, NAMFREL..NAMFREL mengilhamkan (moto perjuangan) Kuasa Rakyat(People Power),” dedahnya yang pernah terlibat sebagai pegawai operasi CIA mulai tahun 1957 dan meninggalkan agensi perisikan itu pada tahun 1968.

NAMFREL, MAFREL & ANFREL Berpaksikan IRI, NDI & NED
Menurut wikipedia, NAMFREL adalah singkatan kepada The National Citizens’ Movement for Free Elections
Antara rangkaian-rangkaian yang disenaraikan NAMFREL adalah ANFREL (Asian Network for Free Elections), NDI (National Democratic Institute) DI (Democracy International, Inc) dan IFES (International Foundation for Electoral Systems).

ANFREL ditubuhkan pada tahun 1997, berpengkalan di Bangkok dengan menjalankan operasi di seluruh rantau Asia meliputi Afghanistan, Bangladesh, Cambodia, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Mongolia, Nepal, Pakistan, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Timor Leste dan Thailand.

Mohamad Sabu dan Syed Azman wakil dari PAS mengadakan perbincangan dengan Ambiga Sreenevasan, Pengerusi BERSIH 2.0 dan Maria Chin Abdullah (EMPOWER)

NAMFREL (Filipina) adalah salah satu ahli ANFREL. Di Malaysia, cawangan ANFREL adalah NIEI (National Institute for Electoral Integrity) yang dipengerusikan oleh Yunus Ali, suami kepada Maria Chin Abddullah yang menjadi Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0.

Yunus merupakan bekas aktivis pelajar Universiti Malaysia pada tahun 70-an yang menjadi rakan karib Hishamuddin Rais.
Selepas Yunus meninggal dunia, NIEI dipimpin oleh Amin Iskandar (Black), aktivis reformasi pro Anwar Ibrahim.
Selain NIEI, satu lagi cawangan ANFREL adalah MAFREL ( Malaysians for Free and Fair Elections).
Abd Malek Hussin, aktivis reformasi turut mendedahkan NGO pimpinannya, MAFREL ditaja oleh yayasan dana Amerika Syarikat (AS) iaitu IRI (The International Republican Institute).

MAFREL juga turut mempunyai rangkaian antarabangsa termasuk ANFREL, ARDA (wakil Malaysia adalah Tian Chua), Forum Asia (Cynthia Gabriel, juga merupakan Pengarah Eksekutif SUARAM), TAF -The Asia Foundation (Bangkok) dan lain-lain.

Sekarang MAFREL dipengerusikan oleh Syed Ibrahim Syed Noh, manakala Abdul Malek Hussin menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Badan induk kepada NIEI dan MAFREL iaitu ANFREL pula dinaungi oleh yayasan-yayasan dana yang berpengkalan di Amerika Syarikat iaitu NDI (The National Democratic Institute for International Affairs), IRI , The Carter Center dan IDEA (The International Institute for Democracy and Electoral Assistance).

Menurut Phil Agee lagi, kejayaan gerak kerja CIA melalui NAMFREL, diaplikasi pula di Panama yang dinamakan Crusada Civilista Nacional (Civic Crusade).
“Kaedah ini digunakan untuk menentang tentera Noriega dengan melancarkan demonstrasi jalanan…dan mereka membawa perkara ini ke jalanan.


Operasi CIA Diteruskan Melalui NED
Selepas terbongkarnya aktiviti itu, operasi CIA diteruskan dengan menyusup ke dalam organisasi lain yang dinamakan NED (National Endowment for Democracy) yang ditubuhkan pada tahun 1983.

“Wang sering disalurkan kepada NED dan mereka (menaja) penganjuran demonstrasi pelajar, mogok kesatuan sekerja dan rusuhan jalanan besar-besaran”, katanya.

Phil Agee turut menyentuh tentang peranan CIA~NED pada tahun 1990-an.

Menurutnya, sebelum tahun 1990-an, agenda AS akan memerangi komunisme, namun selepas tahun 1990-an, agenda itu diganti dengan agenda menyemai ‘demokrasi’ ke negara-negara luar AS.

Menurutnya selepas penubuhan NED, badan itu pula yang memainkan peranan mengantikan peranan yang pernah dilakukan CIA sebelum ini.

“Mereka sekarang ada kuncu yang dinamakan NED. Operasi NED sebenarnya bermula pada tahun tahun 1967, tetapi tidak disedari umum, kerana badan itu didaftarkan secara rasmi pada tahun 1983.

“Idea siri mencetuskan revolusi terbongkar pada tahun 1967. Tahun 1967 merupakan tahun terburuk CIA. Ketika operasi CIA terbongkar, saya berada di ibu pejabat CIA.

“(Pada tahun itu, 1967), Operasi CIA memanipulasi program antarabangsa atau persatuan pelajar kebangsaan telah terdedah kepada umum. Jadi selepas itu, mereka (putuskan) untuk menggunakan yayasan wujud (NED) dan tidak wujud (CIA) untuk menyalurkan wang kepada organisasi-organisasi tertentu.


CIA Pernah Salurkan Dana Kepada Konrad Adenauer Stiftung

“Sebenarnya saya mendapat tahu pada tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an, CIA telah menyalurkan wang melalui yayasan Jerman ini untuk membantu organisasi di luar.
“Sebagai contoh jutaan wang telah disalurkan melalui Konrad Adenauer Stiftung (KAS) yang berkait rapat dengan Kesatuan Demokratik Kristian”

Menurutnya lagi selepas NED ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1984, CIA tidak perlu lagi menyalurkan wang kepada yayasan Jerman untuk menjalankan operasi rahsianya, sebaliknya wang itu disalurkan terus kepada NED.
“Semasa pilihanraya Nicaragua pada tahun 1990, saya percaya lebih dari 12.5 million wang NED telah disalurkan melalui parti proksinya, UNO (The National Opposition Union),” katanya.

Phil Agee terkenal dengan bukunya, “Inside the Company: CIA Diary” yang diterbitkan pada tahun 1975. Maklumat yang ditulisnya dalam buku itu mendapat inspirasi kepada penulisan majalah, buletin yang berbentuk penyiasatan.

Pada tahun 2004, selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, beliau berhijrah ke AS dan terlibat secara aktif dengan yayasan-yayasan demokrasi di AS serta menjadi salah seorang panel pemikir NED.

Apakah semua ini secara kebetulan atau menurut resipi grand design yang disusun sejak dari tahun 1960-an lagi?"
https://blogger.googleusercontent.com/tracker/4873509315156146628-52371818952891182?l=umnolipis2020.blogspot.com















No comments:

Post a Comment