Friday, January 7, 2011

Penang Malay Muslims in Danger under DAP

Pulau Pinang dalam Bahaya!! Itu lah luahan Blogger 'Pisau' di blognya Pisau.net. Baca artikel seterusnya.

1. "Mereka (DAP) kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.

2. DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang.

3. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.

4. Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina .

5. Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu.

6. Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah.

7. Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.

8. Saya ('Pisau') mempunyai bukti , bahawa Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang.

9. Katanya (LGE), Lee Kuan Yew berkata kepadanya..” You don’t worry I’ll teach you step by step."

10. Banyak rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sedang dirancang pembinaan disebelah tanah besar.

11. Pisau cadangkan kerajaan pusat seperti SPNB supaya membina banyak rumah mampu milik di sebelah pulau dan pastikan 80% adalah milik melayu dan dikenakan syarat tidak boleh dijual.

12. Kita mengharapkan melayu Pulau Pinang agar bangkit dan sedar apa yang sebenarnya yang diinginkan oleh Khalifah cina melaka ini..."

Artikel penuh:
http://www.pisau.net/2009/12/penang-republic-sosialis-pulau-pinang.html

1 comment:

  1. Kenapa tidak ada sambutan?? sebab tidak cukup untuk menyakinkan pembaca........

    ReplyDelete