Wednesday, June 27, 2012

Who funds SUARAM?

http://www.mykmu.net/?p=20518

-abstract-

"Suaram berjuang untuk agenda siapa – rakyat? pembangkang? atau lebih bahaya lagi, kuasa asing.
 
Suaram mengguna khidmat dua peguam Perancis untuk membantunya dalam isu Scorpene, seorang bernama Joseph Breham dan seorang lagi peguam yang terkenal dengan perjuangan hak asasi manusia, William Bourdon.


Bourdon merupakan pengasas sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sherpa yang memperjuangkan isu-isu ketidakadilan ekonomi di negara-negara miskin seperti di Afrika.


Sherpa pula dibiayai oleh dua yayasan antarabangsa yang mempunyai dana yang cukup besar iaitu Open Society Foundations (sebelum ini dikenali sebagai Open Society Institute) dan Tides Foundation.


OSF dibiayai sepenuhnya oleh penyangak matawang, George Soros yang hampir sahaja menjahanamkan ekonomi Malaysia semasa krisis kewangan 1997/1998.


Ketika itulah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menjadi Menteri Kewangan menunjukkan belang sebenarnya untuk menyerahkan kedaulatan Malaysia kepada Bank Dunia dan tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF). sebelum berjaya dihalang oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


OSF merupakan antara penyumbang terbesar kepada dana Tides Foundation, pembiaya Sherpa.
Tides Foundation pula pernah menyumbang sejumlah dana sebanyak AS$15,000 kepada Suaram untuk menjalankan aktivitinya beberapa tahun lalu.


Menurut keterangan laman sesawangnya, Tides Foundation adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang mempromosi agenda golongan berhaluan kiri..."

(kartun)   http://www.mykmu.net/?p=20598

Komen saya:
Pandai dan licik pihak Yahudi-pro-Zionist menggunakan BERBAGAI platform di seluruh dunia...kononnya atas 'dasar NGO' untuk menengahkan agenda mereka melalui PROXY di negara-negara tertentu, termasuk lah Malaysia.

Malangnya, orang Malaysia termakan dengan putar-belit proxy Zionist, tanpa disedari mereka, justeru terus terikut-ikut dengan hasutan (kempen "warna-warni") yang bertalu-talu dari setiap penjuru.

No comments:

Post a Comment