Sunday, February 5, 2012

Niat jahat blogger Pro-PR terserlah dalam Blog

Berikut adalah petikan dari blog TRANUNGKITE yang menampakkan niat jahat penyokong Pro-Pembangkang:

Adalah jelas beliau tidak menghadiri ceramah Datuk Dr Hasan Ali, Beliau juga tidak dapat menerima hakikat fakta dan penjelasan Dr Hasan Ali dalam ceramahnya, dan tidak dapat menerima hakikat kehadiran ribuan orang yang ingin mendengar kata-kata Dr Hasan tanpa menggunakan platform / jenama Politik, justeru tranungkite mencadangkan supaya "pengacau" ditempatkan, sewaktu Dr Hasan Ali berceramah. Jahat betul.

Hati se orang Muslim, begitu kah?
Bukan kah Pakatan Rakyat yang beriya-iya menjerit-jerit meminta "kebebasan bersuara" dan memaki-hamun Pemerintah yang sedia ada?

Baca lah petikan di bawah:

"..Pada pandangan penulis, PAS dan Pakatan Rakyat perlu menghadirkan penceramah-penceramah yang tidak terlalu ketat dengan fahaman politik untuk menyaingi ceramah Hasan Ali.

Paling tidak menghantar kumpulan ‘pengacau’ untuk menganggu kosentrasi ceramah Hasan Ali kerana dari maklumat yang penulis terima, Hasan Ali tidak sahaja berceramah, malah juga berinteraksi dengan penonton ceramahnya secara tidak langsung.

Dan ia perlu diadakan segera kerana jika dibiarkan, itu membawa maksud apa jua yang dituduh Hasan Ali kepada PAS dan Pakatan Rakyat adalah benar!!.."

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=12206

No comments:

Post a Comment