Monday, March 5, 2012

PAS tidak hormat pemimpin

Begitu hebatnya pergolakan dalaman PAS di dalam Kerajaan PAS Kedah.

Baru di tahap NEGERI,adab ajaran Islam mengenai penghormatan dan taat kepada pemimpin tidak langsung dipelihara.

Apatah lagi di tahap pemerintahan negara, sekiranya PAS diberi peluang memerintah "negara", (naudzubillah) dengan satu saf dengan rasis-DAP dan sekular-liberal-opportunist-PKR, tidak tentu lagi ajaran Islam dapat dipertahankan.

Berbeza dengan "Alliance" pemerintahan yang sedia ada, iaitu Barisan Nasional (BN),di mana
1. Perlembagaan dihormati
2. Islam adalah ugama rasmi negara
3. Bangsa bumiputera dan pribumi dipelihara hak mereka
4. Bangsa Melayu yang diwakili oleh organisasi yang bernama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, memegang tampuk kepimpinan, khususnya Perdana Menteri,Timbalan Perdana menteri, yang mana Melayu itu Islam, Islam itu Melayu,sementara Komponen-komponen bukan Islam di dalam BN, menyokong, mengukuhkan dan bekerjasama membangunkan negara, dan mempastikan keamanan dan keharmonian dikekalkan di antara berbagai kaum.


Dari blog khairulryezal:
"Begitu hebatnya peranan yang dimainkan oleh juak Anwarinas Pharaohrazi ke atas kepimpinan PAS Kedah sehinggakan Menteri Besar yang ada sekarang kehilangan kuasa mentadbir.

Hari ini dalam sejarah apabila seorang Menteri Besar kehilangan kuasanya diuruskan oleh Jawatankuasa Memandu.

Apakah Rakyat Kedah mahukan perkara ini berterusan selepas PRU13.

Orang PAS sendiri tidak menghormati pemimpin mereka.

Orang PAS sendiri menjatuhkan pemimpin mereka yang tidak mempunyai salah apa-apa.

Dimanakah konsep wala' kepada pimpinan seperti yang diamalkan di dalam parti berkenaan? Pharaohrazi (Phahrolrazi) , Ismail dan juak-juak mereka gilakan kuasa dan tamak serta tidak sabar. Inilah juga ciri-ciri utama golongan Anwarinas.- end of quote-


Info:
http://khairulryezal.blogspot.com/2012/03/ustaz-azizan-saya-tak-kelahi-dia-orang.html

No comments:

Post a Comment