Monday, March 5, 2012

Integriti Pemimpin PAS diragui

Asslmkum semua,

LIhatlah begitu inkonsistennya mentaliti pucuk pimpinan PAS era "se saf dengan DAP-PKR" Abad ke 21 ini.

Integriti PAS di dalam Pakatan Rakyat amat diragui kebelakangan ini.

Kali ini saya merujuk kepada isu Dato' Dr Hasan Ali ingin menyaman Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, kerana Mahfuz menuduh Hasan dibayai sebanyak $30 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan.

However when confronted, Mahfuz made a ROUNDABOUT turn, denied and instead said the following (quoted from PASPB).

Berikut adalah petikan dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh puak tegar Pro-Pakatan Rakyat, iaitu MALAYSIAKINI dan PASPB (Himpunan Berita Politik Pakatan Rakyat)

(dari Malaysiakini, penulis Hafiz Yatim, 2hb. Mac 2012):
"Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini menuntut supaya satu audit penuh dijalankan ke atas satu unit strategik di Kementerian Belia dan Sukan yang diDAKWA telah menyediakan sejumlah dana untuk membiaya program bekas ahli PAS Datuk Hasan Ali.

"Mahfuz MENDAKWA, jumlah sebanyak RM30 juta untuk unit strategik "seperti cawangan Umno" itu telah dikumpul daripada unit lain di kementerian berkenaan.

"Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini menuntut supaya satu audit penuh dijalankan ke atas satu unit strategik di Kementerian Belia dan Sukan yang didakwa telah menyediakan sejumlah dana untuk membiaya program bekas ahli PAS Datuk Hasan Ali.

"Mahfuz mendakwa, jumlah sebanyak RM30 juta untuk unit strategik "seperti cawangan Umno" itu telah dikumpul daripada unit lain di kementerian berkenaan."(petikan dari Malaysiakini)


Berikut pula ialah artikel dari PASPB:(tarikh 5hb. Mac 2012)

"Beliau (Mahfuz) menegaskan, kenyataannya bukan tuduhan melulu, tetapi cuma mahu Kementerian Belia dan Sukan memberi penjelasan tentang isu tajaan lebih 2,000 program ceramah Hasan.

"Semalam, Hasan mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Mahfuz berikutan tuduhan bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan menaja lebih 2,000 program ceramahNYA.

"Mahfuz berkata, Hasan hanya salah faham dan oleh itu, diminta jangan berperangai seperti orang yang mengalami histeria.

“Orang bukan tuduh dia ambil duit atau apa, kami minta penjelasan Kementerian Belia dan Sukan saja, kenapa perlu dia melatah sampai nak saman,” katanya.

Apabila ditanya pemberita sama ada Mahfuz mempunyai bukti Kementerian Belia dan Sukan menaja program Hasan, beliau menegaskan, Pas cuma menuntut penjelasan sama ada benar maklumat diterima bahawa sejumlah RM30 juta disalurkan kepada cawangan berkenaan bagi membiayai ceramah Hasan di seluruh negara.

“Semalam ada program belia Regatta Kanu Hari Belia Kebangsaan pun dia ada sama beri taklimat, kalau diikutkan semua program belia sekarang dia mesti ada.

"Itu yang saya suruh siasat dan minta menteri berkenaan beri penjelasan program dia ditaja KBS atau tidak, bukan menuduh,” katanya.

KOMEN saya:
1.Kalau tidak MENUDUH namanya, apakah definasi ayat-ayat yang dipertuturkan oleh Mahfuz.

2. Memang cakap berbelit-belit berpusing-pusing bila diminta tunjuk BUKTI sahih.

3. Syabas, PASPB, kerana, secara tidak sengaja menampakkan pembohongan dalam percakapan pemimpin PAS yang sedia ada yang ghairah kuasa, dan sudah tidak takut lagi dengan hukum fitnah-memfitnah & berbohong, asalkan dapat kuasa politik.

4. Baca satu saja edisi Harakah dari muka surat 1 hingga lah ke hujung akhbar itu,hampir 50% diisi dengan tuduh-menuduh, fitnah dan memburukkan bangsa sendiri. Bila saya baca, rasa amat malu memegang akhbar seperti itu, yang kononnya, menegakkan "Islam". Berapa kerat sahaja artikel di dalam HARAKAH yang penulisnya berpegang teguh kepada prinsip, tata-susila dan adab PENULIS MUKMIN.

Sumber artikel:
1. http://www.malaysiakini.com/news/190849
2. http://paspb2.blogspot.com/2012/03/hasan-ali-nak-saman-ikut-dialah-nak.html?utm_source=BP_recent

No comments:

Post a Comment