Monday, June 3, 2013

Pensyarah UIA Dr Maszlee Malik tidak neutral


"Aziz Bari dah hilang, sekarang muncul pula seorang lagi warga UIA yang ingin mencari populariti yang berkemungkinan besar berhajat untuk menempatkan dirinya dalam kelompok pembangkang menjelang PRU 13.

Orang yang dimaksudkan adalah Dr Maszlee Malik, pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sebelum daripada ini kita tidak pernah mendengar suara-suara Dr Maszlee, melainkan apabila menjadi moderator bagi program wacana anjuran Sinar Harian.

Beliau baru nak bermula berjinak-jinak dengan politik nampaknya apabila beberapa hari (2012) lepas beliau telah menghantar surat terbuka seperti yang disiarkan Sinar Hariankepada orang yang beliau katakan kenalan rapatnya, iaitu Hassan Ali.

Itu tandanya beliau cuba nak cari populariti. 

Jika beliau tidak berniat untuk cari populariti beliau tidak akan hantar surat terbuka yang boleh dibaca di seantero dunia kepada orang yang beliau anggap sahabat. 

Beliau boleh berjumpa Hassan Ali secara peribadi untuk bercakap apa yang ingin dicakapkan. " 

"Saya tidak mempertikaikan hak Dr Maszlee untuk bersuara kerana negara kita mengamalkan demokrasi. 

Akan tetapi sebagai seorang ahli akademik yang bersifat bebas beliau kena adil. 

Lainlah sekiranya beliau memang seorang ahli politik yang berpihak kepada mana-mana parti. " (artikel 17 Feb.2012)

http://www.rbfonline.net/2012/02/hilang-aziz-bari-kini-muncul-dr-maszlee.html

No comments:

Post a Comment