Sunday, February 3, 2013

Perdana Menteri, Tahun Baru Cina dan Banner palsu?



Aslmkm,

Warga KL dan mungkin tempat lain, ternampak banner (atau bunting) yang digantung di tepi jalan utama, seperti di bawah.   (sila lihat gambar).
pic from malaysiansmustknowthetruth


Sila perhatikan dengan terperinci, "banner" gambar Dato Sri Najib memakai 'baju Cina", yang kononnya banner yang dibuat oleh Barisan Nasional.

Saya berpendapat banner gambar PM berpakaian baju merah itu adalah banner "palsu" yang direka dan direntangkan di jalanraya, oleh pihak anti-kerajaan yang rendah martabat dan integritinya, dan yang bertujuan memfitnah dan menghina pemimpin negara.

Kesahihan banner itu dikeluarkan oleh mana-mana Jabatan Kerajaan Malaysia, AMAT MERAGUKAN.

Pihak Polis atau Agensi dalam Jabatan Perdana Menteri harus menyiasat perkara ini dan mencari dalang isu menggantung banner yang teruk itu.

Kenapa  saya menyatakan  banner itu diragui kesahihannya?

1. Banner itu adalah didalam tulisan CINA sahaja. Tiada siapa rakyat Malaysia faham tulisan Cina kecuali orang yang mengenalinya. Ini tidak selari dengan banner resmi kerajaan.

2. TEKS pada banner, tiada dalam teks tulisan rumi, tiada bahasa MALAYSIA mahupun tulisan rumi  "Kong Xi Fa Chai".

3. Gambar kepala Perdana Menteri se olah-olah di "crop" (photoedit) di atas badan yang berbaju merah.

4. Baju merah, dikatakan (oleh sebahagian pihak) adalah baju untuk majlis "kematian" dalam tradisi Cina. Mustahil pihak yang design banner resmi kerajaan tidak mendapat restu, nasihat dan semakan terperinci dari Jabatan Kerajaan.

5. Saiz banner adalah amat meragukan. Ianya agak kecil berbanding dengan banner resmi BN yang digantung di jalanraya.

6. Banner itu tiada cop kelulusan dari Majlis Bandar Tempatan, contoh DBKL, Majlis Bandaraya Ipoh.

7. Cara banner itu digantung di jalanraya di sekitar Kuala Lumpur, adalah- tidak tersusun, tidak teratur dan tidak sistematik. Jelas cara ianya digantung,menunjukkan pihak yang terbabit bukanlah pihak yang diberikuasa oleh Majlis Bandaraya tersebut.

8. Tiada apa-apa logo Jabatan atau Agensi Kerajaan yang terdapat pada banner itu

Kami rakyat Malaysia berharap, sabotaj dan tabiat menghina pemimpin oleh pihak sebegini, akan dibalas oleh Allah, setimpal dengan niat mereka.

Kami harap, perbuatan sabotaj dan fitnah oleh pihak yang berniat jahat, akan membuka hati rakyat bahawa pihak sebegini TIDAK layak mendapat undi, dan tidak layak memerintah negara.

No comments:

Post a Comment