Beliau bukan calang-calang orang..sila baca selanjutnya..
Profil beliau:
Nama : Fathul Bari bin Mat Jahya
Kuniyah : Abu Islam
Asal : Perlis
Pendidikan
- Ijazah Sarjana Muda (Hadis), Universiti Islam Madinah
- Ijazah (Hadis), Universiti Yarmouk, Jordan
- Phd (Hadis), Universiti Islam Antarabangsa
Ketika menuntut di Madinah, beliau berguru dengan banyak ulama’ ahlus sunnah yang terkemuka pada zaman ini. Antaranya adalah sarjana hadis Kota Madinah iaitu
- Syeikh Abdul Muhsin bin Hammad al-’Abbad al-Badr,
- Syaikh Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili dan
- Syaikh Dr. Abdullah Al Bukhari.
Manakala semasa di Jordan beliau sempat menghadiri majlis ilmu dan bertalaqi dengan ulama’ dan masyaikh anak murid Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah, seorang pakar hadis terulung abad ini. Antaranya
- Syaikh Ali Hasan al-Halabi,
- Syaikh Salim bin Ied al-Hilaly,
- Shaikh Muhammad Musa Nasr dalam bidang hadis,
- Syaikh Mansyur bin Hasan bin Mahmud bin Salman dalam bidang fiqh.
Selain mendalami ilmu tafsir al-Qur’an bil mathur, beliau juga berkesempatan mengkaji Tafsir Al-Kasyaf yang ditulis oleh Zamakhsyari, seorang ulama’ mazhab Mu’tazilah. Pengajian itu setelah mendapat nasihat, pandangan dan izin dari beberapa ulama’ Ahlus Sunnah yang lain.
Style ceramahnya straightforward; Fakta A, dia kata A; fakta B, dia kata B.
Style ceramahnya : tak pandai melawak.
Tapi: kalau ceramah ...adalah satu Ustaz tu...apa entah namanya.....penuh dengan 'maki-hamun ' dan mencerca orang' sambil berjenaka, apakah itu etika dan adab "ceramah" mengajak masyarakat kepada ISLAM?
http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=NLvM8Rx_uFM#t=2s
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=qxTChDwPtWY#t=104s
Nasihat Ustaz Fathul Bari kepada Parti yang memerintah dalam satu forum :
UMNO PERLU TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK KEPADA MEREKA (MASYARAKAT).
InsyaAllah, Ustaz, fenomenon ini sudah pun bermula dan akan diteruskan oleh semua selagi nyawa dikandung badan.
After all, dari mula wujudnya UMNO 66 tahun dulu, sehinggalah sekarang, UMNO sebagai satu pertubuhan, sentiasa mempertahankan hak orang Melayu, yang secara langsungnya mempertahankan hak orang Islam di Tanah Air ini; dan tidak pernah menafikan orang Islam dari memenuhi kewajipannya sebagai Muslim, dan kini UMNO melalui Barisan Nasional giat memperkasakan Islam dengan lebih agresif lagi.
Komen dari se orang pembaca (dalam blog fathulbari):
"Saya dah lama dah mencari guru seperti UFB dan rakan seangkatanya. Dulu saya meminati penceramah yang boleh menghiburkan pendengar seperti menyanyi dan membuat lawak. Lama kelamaan saya merasakan seperti kosong dan membuang masa.
"Akhirnya baru saya tahu bagaimana prinsip mencari guru seperti UFB selalu jelaskan dalam ceramahnya."
Wahai saudara-saudara ku, wahai saudara-saudara PAS yang takut undi selain dari P.A.S..
Kalau tersilap undi, orang bukan Islam akan menguasai negara ini. Percayalah.
Kita masuk syurga dengan RAHMAT ALLAH...
BUKAN kerana undi PAS, BN, DAP, PAP, Republican, Parti Labor, Komunis....
Tetapi Ustaz Idrus, Nik Aziz tak setuju....mereka bijak menghukum dan mengeluarkan "fatwa" sendiri, terhadap orang yang se agama.
Hebat lah mereka ini. Boleh mengalahkan para Sahabat Rasulullah sallallahualaihiwasallam.
Sumber info:
http://ustazfathulbari.wordpress.com/
http://ustazfathulbari.wordpress.com/about/
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=qxTChDwPtWY#t=104s
No comments:
Post a Comment