This is his story.
http://www.anwaraidc.com/?p=31441
http://zul4kulim.blogspot.com/2010/03/tarik-diri-sebagai-peguam-syarie.html
1. “Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN Peguam Syarie bagi Pemohon Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim diatas dengan ini menarik diri dan terhenti menjadi Peguam Syarie yang bertindak bagi Pemohon yang tersebut di dalam prosiding yang disebut di atas. “Bertarikh pada 22 Rabi’ul Awal 1431 bersamaan 09 Mac 2010,” kata Zulkifli dalam notis tarik dirinya itu.
2. YB Datuk Zulkifli Noordin berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut telunjuk ketua pembangkang itu dengan mereka-cipta bukti palsu mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
3. Campur tangan Anwar berlaku ketika Zulkifli menjadi peguam bela Cif Inspektor Azilah Hadri, pegawai polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu pada penghujung tahun 2006.
4. Menurutnya, sepanjang menjadi peguam Azilah, berdasarkan keterangan-keterangannya, tidak ada satu pun bukti yang sahih yang boleh mengaitkan pembunuhan itu dengan Najib dan Rosmah, namun Anwar tetap mendesaknya supaya mereka-cipta bukti palsu untuk mengaitkannya supaya masyarakat percaya pasangan suami-isteri yang tidak bersalah itu terlibat dalam pembunuhan tersebut.
5. Menurutnya lagi, walaupun tiada bukti, namun Anwar tetap berkeras mengarahkannya mencari bukti palsu untuk mengaitkan dengan kedua pasangan suami-isteri yang tidak bersalah itu.
“Awak buat juga, cari jalan supaya Rosmah dan Najib dituduh membunuh Altantuya.
“Saya kata, saya tidak boleh terima (arahan) ini, (maka) saya tarik (diri).”
6. Akhirnya pada pertengahan tahun 2009, Zulkifli meletakkan jawatan sebagai peguam bela Azilah.
Untuk membaca artikel penuh:
http://www.anwaraidc.com/?p=31441
http://zul4kulim.blogspot.com/2010/03/tarik-diri-sebagai-peguam-syarie.html
No comments:
Post a Comment