Thursday, November 29, 2012

Tian Chua dan SUARAM Peralatkan Peguam Perancis Bourdon untuk terus Hidupkan Fitnah Scorpene


  1. Meskipun sudah terang lagi bersuluh, tidak wujud unsur rasuah dalam pembelian Scorpene- kapal selam konvensional terbaik di dunia dari aspek kemampuannya- namun geng pakar fitnah a.k.a. Tian Chua, begitu ghairah mempolitikkannya sehingga (SUARAM yang dibiayai oleh Agensi pro-Zionist) bersungguh-sungguh membawa peguam Perancis William Bourdon dan Joseph Breham ke Malaysia, dan kini ke Singapura pula.
  2. Banyak sungguh duit SUARAM itu. Dari mana datangnya?
  3. "Taklimat" Scorpene oleh kedua-dua peguam itu di Singapura kelmarin, diragui motif dan kredibilitinya.
  4. Sesi di Singapura telah  dihadiri oleh Pengarah SUARAM  Cynthia Gabriel, Tian Chua (PKR), Mohd. Hatta Ramli (PAS) dan Tony Pua (DAP).
  5. Yves Charpenel, pendakwa Kerajaan Perancis, yang menafikan lapuran palsu media portal (pro-pembangkang), meminta media di Malaysia membezakan antara khabar angin, fakta, siasatan dan perbicaraan. 
  6. Beliau berkata," se seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapalterbang dan pergi ke Malaysia, dan meminta se seorang menjawab soalan-soalannya. Ini adalah mustahil, ia bertentangan dengan undang-undang Perancis; ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa". (Tapi itu lah cara SUARAM bergerak...iaitu melanggar undang-undang dan menipu rakyat)
  7. Tian Chua dan gengnya di SUARAM dan penyokong-penyokongnya, lebih ghairah menghabiskan masa dan hayat mereka untuk memfitnah bertalu-bertalu, semata-mata untuk mempengaruhi minda rakyat dalam suasana kebencian terhadap pemerintah Malaysia.
  8. Niat dan usaha mereka ini untuk membela nasib rakyat yang benar-benar ditindas? Jauh sekali.
  9. Bandingkan peratusan usaha gigih mereka ini dalam menyemarakkan semangat kebencian, dengan peratusan usaha mereka dalam  bantu-membantu untuk memberi perlindungan kepada kaum Muslim Palestin, Bosnia-Herzegovina dan Afghanistan yang amat dizalimi, contohnya. 
  10. Berapa kali sudah anda lihat/ baca Tian Chua dan gengnya turun padang untuk "menjayakan" demonstrasi jalanan dan kempen-kotor-"Bersih"?
  11. Berapa kali sudah anda lihat/ baca Tian Chua dan gengnya turun padang bersama NGO Malaysia ke lokasi Rohingya-Myanmar, Semenanjung Gaza, Bosnia, Sudan atau  Acheh (Tsunami) untuk membantu kaum yang amat tertindas dan serba kekurangan?
  12. Kita perlu berwaspada dengan se tiap berita yang sengaja dibawa oleh mereka ini, yang mempunyai motif yang jahat dan menjijikkan untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat negara ini yang telah sekian lama dibina.

Wednesday, November 28, 2012

FELDA being sabotaged and Students being made use of


Exploitation and sabotage in effort to bring down Felda




KUALA LUMPUR: Efforts by certain parties to sabotage the forward momentum of FELDA and its subsidiaries are getting more blatant and expose those responsible as being politically bankrupt, says a blogger. 

The blogger known as Big Dog published a post in his blog yesterday in which he claimed Pas central committee member Mazlan Aliman had deceived IPTA students (students from public institutions of higher learning) into demonstrating in front of Felda headquarters in Kuala Lumpur on 23 November. 

“Mazlan lied to these students, who became part of this fraudulent demonstration against Felda and subsidiaries under Felda Global Ventures (FGV). Previously the students were demonstrating elsewhere, but suddenly gathered in front of Felda headquarters. Unaware that they were being used, they were asked to demonstrate based on the lie that Felda does business with Israel,” Big Dog wrote. 

According to Big Dog, this was just one of many failed attempts by Mazlan to foil the government’s efforts to elevate Felda to a better position. 

“He opposed the listing of FGV by instigating a group of settlers to reject the IPO on the grounds that it would lead to their 10 acres of land disappearing, which was proven to be a big lie,” Big Dog said. 

“Later, ANAK (the National Felda Settlers’ Children Association) also campaigned for Felda members to reject the ‘Durian Runtuh’ (windfall) that had been announced by Prime Minister Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak in his Budget 2012 speech on 7 October 2011 as a direct result of the FGV listing,” the blogger said. 

Big Dog said Mazlan’s latest deception, which prompted the demonstration in front of Felda’s headquarters, involved his claim that palm oil has ended up in Israel via the Egyptian port of Adabiya after being sold by Felda IFFCO to Israeli-owned Bunge Agribusiness Singapore. 

However, the blogger pointed out, once the palm oil reaches a foreign port it is beyond the scope of control of FGV and its subsidiaries. 

“Palm oil, like other commodities, can easily change hands, especially among traders. Most importantly, there is no control over (or planning for) what the end use will be, especially by the original manufacturer. If it is removed from the original supply and repackaged, it is impossible to trace, let alone control,” he said. 

Big Dog lamented the fact that Mazlan and other “politically-bankrupt leaders” have tried to sabotage the Prime Minister’s efforts to transform the lives of the Felda community. 

“The Felda community deserve to have their voices represented by Felda children who are more mature and responsible,” he said.

Read more HERE



Source: MOLE



Friday, November 23, 2012

Islamic State:Which Version?held in Subang Jaya Church




http://zul4kulim.blogspot.com/2012/11/kepupusan-melayu.html
(edited for brevity)/

"Kalau tak sebab Nurul Izzah Anwar nak tunjuk pandai dengan bercakap benda yang dia tidak pasti, kita pun tak tahu yang Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu rupanya rancak juga berforum dalam gereja.

Forum dengan tajuk 'bola tanggung' seperti Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa? yang diadakan di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Subang Sabtu lalu.

Sebelum ini laporan mengenai polemik kenyataannya itu tidak menyebut dimana lokasi forum berkenaan diadakan. Ada yang sangka ia berlangsung di sebuah dewan biasa saja.

Bila kita amati balik, ada kemungkinan sebab itulah Izzah gairah bercakap begitu dalam ketika jawab soalan hadirin.

Biasalah bila berada dalam satu majlis dalam gereja, dengan audien rata-rata kristian, boleh mendorong seseorang itu tunjuk dia liberal dan tidak sedar implikasi apa yang dikatanya.

Naib Presiden PKR itu ketika jawab soalan dalam forum yang dianjurkan oleh think tank Kristian Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI), dan Islamic Renaissance Front itu mahu orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka.

Ini dibimbangi boleh membawa implikasi orang membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam.

Kalau rajin sila google nama Full Gospel Tabernacle, buka laman webnya, kita akan dapati ia juga ada sidang dalam Bahasa Malaysia. Siap dengan jadual lagi.

OHMSI pula memang diketahui umum think tank Kristian yang sebelum ini pernah anjur forum tajuk The Christian and the Malaysian General Election 2008.

Ia bukan pergerakan agama sahaja, melihat kepada seranai panelis yang dijemputnya termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membayangkan ia amat minat dengan politik.

Oh ya.. forum The Christian and the Malaysian General Election 2008 dibuat sebelum PRU ke 12 iaitu 26 Januari 2008.

Apa maknanya semua ini? maknanya kemana undi orang kristian hendak pergi...

Sebab itu, jangan terkejut apabila Nurul Izzah 'tunjuk belangnya' dalam forum tersebut. Siapa tahu belang itu adalah untuk meraih undi.

izzah-postergerejaRamai yang terkejut membaca laporan mengenai  jawapan Nurul Izzah ketika ditanya oleh peserta forum (seorang perempuan) mengenai undang-undang yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam.

“Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” kata anak sulung Anwar Ibrahim itu.

Untuk rekod, undang-undang di Malaysia mengekang mubaligh/pendakwah bukan Islam untuk menyebarkan agama kepada rakyat yang beragama Islam.

Pada masa sama undang-undang syariah juga menetapkan seseorang yang memeluk Islam tidak boleh murtad demi memelihara kesucian Islam.

Berdasarkan video ucapan Nurul Izzah dalam forum tersebut, beliau menekankan isu pengkristianan orang Melayu boleh ditangani dengan mengasah keimanan penganut Islam itu sendiri.

"Walaupun saya bersekolah di Assunta yang mempunyai salib besar di dewannya …saya tidak terpengaruh (dengan ajaran Katholik,” kata beliau.

Turut serta sebagai panelis dalam forum tersebut adalah MP PAS Parit Buntar, Dr Mujahid Rawa, Ketua PKR Serawak Baru Bian, peguam Malik Imtiaz dan beberapa yang lain.

Izzah dalam satu kenyataan di blognya pada Isnin mempertahankan pendirianya dengan memetik ayat al Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 256 "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)".

Nurul Izzah hanya memetik satu ayat, terjemahan penuh kepada ayat yang disebut Nurul Izzah itu adalah "Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Beliau juga melalui kenyataan di blognya menegaskan beliau sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad.

"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan sebagai berbahaya dan mengelirukan, kenyataan Nurul Izzah bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.

Beliau berkata kenyataan sedemikian adalah tidak wajar kerana ia boleh mengelirukan penafsiran masyarakat dan umat Islam.

"Di dalam Perlembagaan negara telah termaktub bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan, dan setiap anak yang dilahirkan sebagai orang Islam maka dia itu kekal sebagai orang Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia yang turut dihadiri negeri yang diwakili pembangkang di Kuala Lumpur Isnin.

Malah, Jamil Khir berkata, ayat Al-Quran yang digunakan Nurul Izzah bagi menyokong kenyataan beliau semasa forum berkenaan adalah luar daripada konteks sebenarnya kerana ayat itu berkaitan dengan hal orang bukan Islam yang tidak boleh dipaksa dalam penerimaan agama Islam.

Dalam pada itu, Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali dalam satu kenyataan pada Isnin turut sama 'belasah' Nurul Izzah. Menurut beliau, kenyataan Nurul Izzah membuka laluan dan tiket percuma kepada mereka yang mahu menyesatkan umat Islam.

"Pendirian Izzah yang kononnya berpandukan sepotong ayat Al-Quran itu telah membuka ruang yang cuba ditutup dan menjadikan gerakan memesongkan akidah bertambah kuat dan garang.

"Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan. Kenyataan Nurul Izzah memberi laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam," kata Hasan dalam satu kenyataan medianya.


Hasan menambah apa yang berlaku kini membayangkan virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah merebak luas.

"Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini," kata Hasan.

 5/11/2012 - OLEH HELME HANAFI - AGENDADAILY.COM

Petikan dari Ridhuanteeabdullah:
http://ridhuantee.blogspot.com/2012/11/bila-orang-islam-sokong-murtad.html

Kita boleh berkongsi nilai-nilai agama yang mulia, tetapi kita tidak berkongsi agama, kerana akidah berbeza.

Oleh kerana ahli parlimen ini (Nurul Izzah) bukan kelulusan agama atau undang-undang, lebih baik jangan terlalu obsess dalam membincang isu-isu ini, kerana boleh membahayakan diri sendiri.

Inilah akibatnya apabila kita terlalu ghairah untuk berkuasa. 

Bila bercakap, tidak fikir implikasinya terhadap agama suci murni ini.

Thursday, November 22, 2012

Zulkifli Noordin Bongkar Permainan Politik Kotor Pembangkang 12/6/2012

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=M-h5Z7cmRis#t=53s


YB Zul persoalkan integriti pihak-pihak penyokong Pakatan Rakyat, pada 12.6.2012 (di Parlimen)

Se tiap isu yang dibangkitkan oleh pihak PR wajar dikupas dan diperiksa kesahihannya. 
Terdapat penulis blog pro-Pembangkang, editor media alternatif dan individu-individu diupah khusus untuk meruntuhkan kedamaian dan perpaduan yang telah sekian lama wujud di dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Apabila disemak dan diselidik, didapati mereka ini mendapat dana dan latihan khas dari organisasi luar negara yang (pengasas dan ketua-ketuanya ) condong kepada pro-zionist Israel.  
Di antara Badan-badan ini ialah NED, IRI, Konrad Adenaeur Foundation, Open Society, NDI yang menyamar sebagai "NGO".

Berikut adalah fakta:

"NED is the umbrella organization which runs its activities through the other non-profit organizations, like the NDI (National Democratic Institute), IRI (International Republican Institute), CIPE (Center for International Private Enterprise) and ACILS (American Center for International Labor Solidarity). 

NED closely cooperates with the United States Information Agency (USIA), as well as with the United States Agency for International Development (USAID). 

USIA presents itself as the 'independent' foreign affairs agency within the American Government, while the USAID is supposed to be "an independent federal government agency" which provides the economic, humanitarian and democratic assistance overseas, while protecting the economic and political interests of the US.

"On the web sites of these organizations it is stated that they are all non-profit and non-governmental, but being that their work is financed by the American Government and their budget is approved by the US Congress, the 'non-governmental' attribute is entirely false — they could be the non-profit, but they are also governmental. At the same time, if one looks at the NED's background, it becomes obvious that the term 'non-governmental' is merely a cover-up for the operations run by the United States Government through these non-profit organizations.

Siapa kah Ustaz Azhar Idrus (Bahagian 2)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=DDcb4TXDuKk#t=103s
(u-tube clip, sesi soal jawab Ustaz Azhar Idrus)..hanya 2 minit


Penulis blog shahalamrebels telah pergi sendiri menghadiri sesi ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI).

http://shahalamrebels.blogspot.com/2012/06/terbongkar-siapa-sebenarnya-ustaz-azhar.html


"Penulis cuba memberi tumpuan untuk mendengar ceramah UAI. Sekali lagi penulis jadi pelik, tertanya dalam hati. Ini ceramah ke persembahan 'Raja Lawak'. 

"Mana tidaknya, apa sahaja yang keluar dari mulut UAI pasti jadi bahan ketawa jemaah yang hadir. Penulis semakin pelik! 

"Penulis merasakan ceramahnya biasa sahaja. Mungkin lawaknya yang luar biasa. Tiada beza antara Zizan 'raja lawak' dan UAI. Yang membezakan adalah penampilan mereka sahaja. Penampilan UAI yang berjanggut panjang malah lebat serta pemakaian jubah dan kopiahnya yang menampakkan dia seperti ulama dan warak.

"Dari segi perwatakan biasa sahaja. UAI  adalah pelawak seperti pelawak-pelawak lain yang sentiasa mendapat sambutan hangat orang ramai yang dahagakan lawak-lawak mereka. Itu Sahaja!"




http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=DDcb4TXDuKk#t=103s
(u-tube clip, sesi soal jawab Ustaz Azhar Idrus)..hanya 2 minit









Monday, November 19, 2012

PASUKAN TENTERA ISLAM ANTARABANGSA @ NATO-i

Berikut adalah cadangan saya yang sekian lama saya ingin ketengahkan..
Korean soldiers in Iraq



1.   Sudah tiba masanya se tiap orang  yang beragama Islam bersatu dan melantik se orang pemimpin di dalam dunia Islam untuk membentuk PASUKAN TENTERA ISLAM ANTARABANGSA.
2.   Ia akan menggantikan kebergantungan kita kepada NATO dan PBB.
3.   PBB pada asalnya ditubuhkan untuk memastikan kesinambungan kewujudan  Israel, dan bukannya untuk keadilan dunia sejagat. PBB dicipta sejurus selepas Israel diwujudkan.
4.   Justeru, PBB tidak wajar diharap-harapkan oleh Malaysia mahupun mana-mana Negara Islam untuk membantu atau menyokong orang-orang Islam yang ditindas atau diserang oleh musuh.
5.   PBB mahupun NATO  tidak akan datang tergesa-gesa untuk melepaskan orang Islam yang tertindas atau dizalimi oleh musuh Islam. Itu bukan manifesto mereka, maka kenapa perlu kita mengharapkan kepada mereka, dan apakah perlunya kita mengadu kepada mereka?
6.   Negara Islam yang meminta PBB  (yang berkiblatkan Israel) atau NATO (yang berkiblatkan Amerika-Israel) untuk membantu menyerang balik musuh Islam, adalah satu perkara yang harus dipandang hina; dan memalukan agama sendiri.
7.   Negara Islam dan semua orang Islam, pada pokoknya, di dalam ajaran Islam itu sendiri, ada kekuatan dan keupayaan tersendiri untuk mewujudkan “NATO-I”   atau “PBB-I” sendiri.
8.   Asasnya, permulaannya, ialah: KITA WAJIB BERSATU HATI. BERSATU HATI DAN NIAT UNTUK BERJUANG MEMPERTAHANKAN SE TIAP TANAH AIR ORANG ISLAM YANG DISERANG  ATAU DIRAMPAS OLEH MUSUH ISLAM.
9.   Perjuangan Pasukan Tentera Islam Antarabangsa akan merentasi sempadan (sans frontier) dan merentasi Negara.

10.     Faktor  ini akan memastikan penyatuan hati dan niat di kalangan ahli-ahli tentera untuk berjuang atas nama agama semata-mata, justeru melenyapkan kekeliruan mengenai kenegaraan dan kebangsaan.
11.     Pasukan Tentera Islam Antarabangsa  adalah satu-satunya platform untuk se tiap Muslim di seluruh dunia untuk bersatu dan berjihad khusus untuk (defend) melindungi  mana-mana negeri atau Negara Islam (yang di perintah oleh orang Islam) yang diserang oleh musuh Islam.
12.       Kita sama-sama berdoa akan  ada Badan atau pemimpin Muslim  berkaliber (yang bukan menyokong liberalisme) yang akan diberi mandat untuk memulakan  proses ini.
13.    Dengan kerjasama rapat antara pemimpin, para agamawan, Majlis Fatwa Antarabangsa, media perdana dunia (yang bukan dimonopoli oleh Yahudi), jutawan Muslim, pakar-pakar Muslim yang berkaitan  dan lain-lain perbadanan Islam yang sedia ada, saya percaya dan yakin Pasukan Tentera Antarabangsa ini akan terlaksana juga akhirnya.
14.   Malangnya parti-parti politik yang mengaku ianya sahaja  “Islamik”,  lebih ghairah dan tertumpu tenaga untuk “berdoa”  merosakkan dan memusnahkan perpaduan di kalangan saudara Islam se Negara. Berdoa unutk merugikan umat sendiri. Tujuannya? Sebab amat ghairah ingin merebut kuasa pemerintahan Negara, walaupun amat  lemah dalam urus-tadbir pemerintahan di peringkat negeri/wilayah selama 20 tahun, sehingga sebahagian besar rakyat negerinya berhijrah ke negeri-negeri lain untuk mencari kerja dan rezeki. 

Malaysian Opposition Parties do not walk the talk


Just WHO IS ANWAR IBRAHIM? 
The PM Wannabe?
You reall need to know your “PM a.k.a. de facto Pakatan Rakyat chief “, okay.

QUOTATION FROM : The ‘I’ Files, pseudonymous author Jonathan Smith
“Anwar, Smith wrote, was a man “who so believed in the power of his foreign backers and his carefully-crafted image that he believed street protests would bring down Mahathir Mohamad as they had the Indonesian dictator Suharto, a miscalculation of both Indonesia’s political culture and Malaysia’s”.

Smith said foreign reporters served as Anwar’s “most fervent and gullible audience”, fed a steady stream of statements and updates by the best public relations people money could buy.

“Whatever else may be said of Anwar Ibrahim, he pays for the best public relations experts, and he gets them,” Smith said.

Even while in prison, Anwar was able to co-ordinate his public relations and financial teams (“a spectacular feat given the government’s surveillance of his correspondence,” Smith said), and was able to get around doors closed to him in the local press thanks to the creation of several websites which had a “slavish devotion to Anwar’s gospel”.

As for Anwar’s “money machine”, Smith said that in spite of a crackdown on Anwar’s finances, he managed to retain plenty of financial support. “…

My comments:
Cronyism, nepotism, dictatorship and / or corruption……are alive and well in DAP, PKR and PAS.

http://1sya.com/?p=3602 (the imminent fall of DAP Selangor).
http://1sya.com/?p=3381 (PR double standard)

http://www.kualalumpurpost.net/guan-engs-sensitivity-cause-pakatan-to-lose-the-poll/

Example:
"....Gerakan legal and human rights bureau chief Baljit Singh resurrected the controversial sale of 0.45 ha Taman Manggis land that had been set aside for low-cost housing. Baljit said the land was quietly sold off to developers without the state assembly or the public being told."

So much talk about Penang's transparency.. Guan Eng does not walk the talk. Do you trust this guy?

Go read yourself the full articles
Cheers
Have a nice day ahead. Peace.

Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, PKR and FOREIGN connections

Credit should go to THEUNSPINNERS and ANWARAIDC for their excellent analysis of the entity called Merdeka Centre headed by its non-partisan executive director Ibrahim Suffian, a PKR man.

I recommend you to read the full articles in their respective blogs



(PART I)


AND
http://theunspinners.blogspot.com/2012/03/ibrahim-suffian-dan-merdeka-centre-bhg_19.html
(PART II) 

"Kecenderungan politik Ibrahim Suffian jelas adalah kepada parti pembangkang khususnya Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan PKR.

"Ini yang menghairankan kenapa Ibrahim SUfian sering dipnggil oleh Astro Awani sebagai panelis dan komentar pilihanraya sama dengan Prof Hasan cermin mata google, Wan Firdaus dari IDEAS, dll pro pembangkang.

"Sebelum pru 2008 yang lalu, Ibrahim Suffian sering menghadiri mesyuarat bersama DSAI di ibu pejabat PKR, Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya bagi membincangkan strategi pilihan raya."

"Ibrahim Suffian menubuhkan Merdeka Centre pada tahun 2002 untuk kononnya disebelah depan berperanan sebagai consultant bagi menjalankan survey berhubung isu-isu politik untuk semua parti politik samada pembangkang mahu pun Barisan Nasional BN.

"Namun begitu, peranan Merdeka Centre diperhatikan lebih cenderung merangka strategi dan propaganda parti pembangkang khususnya PR. Perhatian ini berasaskan penglibatan secara terus Ibrahim Suffian dalam beberapa siri mesyuarat perancang yang dianjurkan PKR.

'Survey' yang dibuat kadangkala sengaja mengelirukan dan bertujuan menimbulkan persepsi terhadap sesuatu."

Tajaan dari Ajen Asing
"Seperkara lagi ialah Merdeka Centre mendapat tajaan daripada pelbagai NGO antarabangsa, antaranya International Republican Institut (IRI) dan National Democratic Institute (NDI).
"Kedua-dua NGO ini dikesan aktif menganjurkan kursus2 persediaan pilihanraya kepada parti pembangkang sebelum dan selepas pru 2008.

"Kedua-dua NGO tersebut juga mempunyai kaitan yang rapat dengan American Jewish Committe ACJ yang berperanan menyebar luas fahaman liberalisme dan hak asasi manusia ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

"Penglibatan NGO asing ini telah lama wujud dan dikesan mempunyai agenda yang sama iaitu bagi mencetuskan political chaos di negara ini."

AIDC melapurkan berikut:
"Menurut laman wmd.org, Anwar Ibrahim, Ibrahim Suffian (Merdeka Center), Premesh Chandran (Malaysiakini), Cynthia Gabriel (SUARAM), Elizabeth Wong, Swee Seng Yap ( Forum Asia) dan Syed Azman (PAS) adalah wakil dari Malaysia yang menyertai The World Movement for Democracy (WMD) di Turki.
WMD adalah satu organisasi yang ditaja sepenuhnya oleh NED (National Endowment for Democracy), sebuah yayasan dana demokrasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS)."

Interestingly, the logos of Merdeka Centre and Singapore's People's  Action Party (PAP) are almost similar. 
Coincidence perhaps?






Singapore's People's Action Party (PAP)

Friday, November 16, 2012

Media Portal Keadilan dan Harakah Tiada Kredibiliti

Begitu desperado nya media- media  portal Harakah dan Keadilan daily untuk merosakkan nama dan imej negara sendiri.

Pakar dalam memfitnah dan berbohong.

Sudah tidak merasa takut dengan dosa.

Kenapa?

Semata-mata untuk merebut KUASA.

atau
 di sebabkan mendapat dana kuasa asing yang amat hebat bayarannya  untuk menjatuhkan kerajaan (yang telah dipilih secara demokrasi)

Begitu rendah sekali martabat 'reporter' dan editor dalam portal media tersebut.

Petikan dari: medantempurkedah Blogspot:

"Ternyata KeadilanDaily dan HarakahDaily akhbar yang kaki FITNAH... Kedua-dua Akhbar pembangkang ini memang tiada kredibiliti apabila mencedok status Facebook untuk memfitnah UNHCR dan kerajaan Malaysia yang kononnya memberi kerakyatan kepada ribuan rakyat Myanmar di Stadium KLFA.

Di bawah adalah komen dari pembaca:




http://medantempurkedah.blogspot.com/2012/11/panass-1-dunia-dah-tahu-portal.html

Thursday, November 15, 2012

Wasatiyyah dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia



Petikan dari 
Ceramah dalam sesi Dialog, RTM 1, jam 10.00 malam,
 14hb. November 2012
Penceramah jemputan  : Dato’ Seri  Jamil Khir Baharom

Topik: Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Konsep Wasatiyyah-  bertujuan mewujudkan umat yang se imbang, yang mengimbangkan antara keyakinan dengan akhirat dan dunia.

Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia di mana wujudnya  80 kaum etnik, konsep Wasatiyyah relevan dan boleh digunapakai .

Contohnya, Rasullallah s.a.w. telah berpindah (hijrah) dari Mekkah ke Madinah,kemudian Madinah diangkat menjadi  Negara maju makmur.  Asalnya Madinah mempunyai masyarakat majmuk ( Habsyi, Quraish, berbagai puak kabilah, Yahudi). 

Wasatiyyah mampu wujud di dalam masyarakat majmuk.  Ajaran rasulullah s.a.w.  membawa rahmat kepada seluruh alam, dan masyarakat sejagat.

Wasatiyyah mengajar kita saling menghormati, pada batas2 yang ditentukan.

Wasatiyah adalah tunggak untuk menunjukkan kesederhanaan

Wastiyyah- dalam terminologinya- tidak bermaksud  sama rata semata-mata.  

Kerajaan Malaysia memperuntukkan  $775 juta  untuk membangunkan program agama dan spiritual  di Negara Malaysia, di bawah seliaan JAKIM.

Berbagai program melalui GTP, TTP, NKRA telah digerakkan untuk kebaikan semua. Melalui kesinambungan wawasan dari era Tun Dr. Mahathir Mohamed (Wawasan 2020) ke konsep transformasi Dato Sri Najib Abdul Razak kini, matlamat 2020 negara maju dan agama, termasuk pendidikan (rohani) akan terus berkembang dan  se iring.
Peningkatan mahkamah syariah juga terus di laksanakan.

Alhamdulillah Malaysia kini adalah peneraju dalam berbagai aspek Islam, umpamanya, konsep wasatiyyah, kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa,sistem  takaful Islam, hub Halal, dan Tabung Haji, semuanya di iktiraf dunia.

Kepercayaan Liberalisme- pluralisme- difahami orang bahawa semua agama itu sama, matlamat yang sama, iatu ke arah Syurga yang sama, dan Tuhan yang sama.

Pluralisme agama ini berbeza dari  perkataan ‘Diversity’ (kepelbagaian agama) -plurality- yang wujud di zaman rasulAllah, di mana di dalam kepelbagaian itu  masyarakat saling menghormati, selari dengan konsep ‘demokrasi’, tetapi agama yg diredai Allah adalah tetap Islam.

Islam tidak se sekali disamakan taraf atau darjatnya dengan agama lain (komen saya)

Jakim dan Majis Agama Islam Negeri2 tidak membenarkan orang keluar Islam. Di samping itu, JAKIM juga  menggunakan berbagai  pendekatan2 dakwah untuk menangani perkara ini

Madrasah Al Yamani




Komen saya selaku Hamba Allah yang dhaif ini:
Carilah persamaan
Elakkan perpecahan
Perpecahan akan membuatkan umat Islam lemah dan mundur. Ini lah yang ditunggu-tunggukan oleh kaum kafir, Yahudi dan Nasrani.
Berhati-hati dengan hasutan dan bisikan jahat halus oleh orang-orang munafik,  Fasiq dan kafir.
Galakkan persaudaraan sesama Islam.
Itu lah Islam
 Versi Islam hanya satu.


Visited the sacred Masjid Al Aqsa in  2010/ 1431H


 Selamat menyambut Maal Hijrah, semoga kita semua berhijrah kepada Kebaikan,  Kebenaran dan Ketaqwaan mulai tahun H1434 ini.....sama-sama lah kita bertaubat dan meminta rahmat dan keampunan dari YANG ESA DAN PENCIPTA KITA.

--Ameen--


PR's dominance in Internet and Social Media now challenged by Independent and pro- BN Bloggers


http://www.mole.my/content/social-media-war-between-pr-and-bn

(edited for brevity)


'Through aggressive initiatives, Barisan Nasional (BN) has managed to narrow down the Pakatan Rakyat’s dominance in social media, said a political observer.

Political analyst Assoc Prof Dr Sivamurugan Pandian said, however, that PR is slightly better at delivering issues strategically through the new media as they are seen as more organised and well structured.




According to foreign-based news portal Inter Press Service (IPS), one of the factors that had precipitated the loss of BN's two-thirds majority in parliament during the 2008 General Election was the spread of Internet-based social media as a campaigning tool, harnessed primarily by the opposition.

"The proliferation of independent websites and blogs such as Malaysia Today and Malaysiakini rendered the ruling coalition’s propaganda machinery less effective during the electoral race, as formidable opponents appeared in the crucial arena of cyberspace," wrote Ramanathan Sankaran, author of 'Media, Democracy and Civil Society'.


However, IPS said that when Najib took over the government in 2009, there was a significant focus on the Internet by the government which has taken them to par with PR's machinery.

Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad also added the value to the ruling government when he initiated a forum with bloggers around the nation in May 2009.

Calling them the Fifth Estate, Dr Mahathir, himself a blogger, emphasised the importance of bloggers as a tool to spread facts and figures about issues relevant to the nation.'


May continuing peace and tranquility prevail in Malaysia for generations to come...ameen



Wednesday, November 14, 2012

Malaysia's good governance reach out to the Under-privileged


1. If BARISAN NASIONAL led by UMNO had not led the nation through good governance and fair policies for the economically -disadvantaged groups, this nation would have now seen a HUGE gap between the poor and the rich.

2. What you see now in Malaysia, is that  the median population, ie the majority of the urban and suburban population comprise MIDDLE-INCOME group.

3. Still cannot appreciate the spirit of it all?  Still critical of things around you?

4. Then I invite you to join me as a VOLUNTEER and come along with me, to go to all the far corners of the earth, help the under-privileged, help the poor, help those inflicted with catastrophes, willing to get your hands dirty, willing to survive on whatever the organising team can offer; willing to stay at any place, even on  the bare floor, willing to accept  any meals offered; willing to cooperate in challenging situations; and best of all........expecting NOTHING (worldly ) in return.

Come.

You will come home….. a different person.

cheers
We medical volunteers posing happily after a whole day's duty at Orang Asli Settlement in Perak













Orang Asli kids 

















Let's bring along the youth into the Volunteer culture. Start with our own children to build a caring society.












4WD vehicle is used to reach the deep interior of the settlement, 1 hour from the main roads.