Saturday, December 1, 2012

Petronas, Kelantan, Oil Royalty and Husam's failure of disclosure of facts

http://kickdefella.net/2012/11/30/won-saved-and-sold-siapa-pecah-amanah/

"Saya terpanggil untuk memberi pandangan terhadap kenyataan YB Dato’ Haji Husam Musa seperti yang disiarkan di dalam laman webnya di sini.
Antara lainnya, Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Minyak Kelantan itu telah menuduh bahawa PETRONAS, Kerajaan Persekutuan dan YB Senator Dato’ Dr Awang Adek telah melakukan jenayah pecah amanah di dalam isu royalti minyak Kelantan. Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi PETRONAS beberapa hari yang lalu.
Pada pendapat saya Husam telah sekali lagi cuba berbohong. 
Berbohong yang saya maksudkan ialah memutar belit fakta bagi menyelamatkan keadaan.
 Kenyataan Husam itu pada pandangan peribadi saya tidak lain sekadar sekali lagi cuba mengaburi dan mengelirukan masyarakat dengan menimbulkan sentimen kebencian mengatasi kebenaran.
Ini kerana kebenaran tidak ditimbulkan di dalam kenyataan Husam. Kebenaran yang saya maksudkan ialah perbezaan di antara perjanjian PETRONAS dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kelantan.
Perjanjian antara PETRONAS dengan Kerajaan Persekutuan jelas menyebut bahawa PETRONAS perlu membayar 5% kepada Kerajaan Persekutuan bagi hasil petroleum yang didapati, diperolehi dan dijual oleh PETRONAS. Kalimah yang diguna ialah,
PETRONAS shall pay to the GOVERNMENT cash payment in the form of yearly sum amounting to the equivalence of 5% of the value of the petroleum won, saved and sold by PETRONAS …
Ini bererti, dimanapun PETRONAS menemui petroleum, PETRONAS perlu membayar 5% kepada Kerajaan Persekutuan. Sebaliknya perjanjian di antara PETRONAS dan Kerajaan Kelantan adalah seperti berikut,
PETRONAS shall make to the Government cash payment in the form of yearly sum amounting to the equivalence of 5% of the value of the petroleum won and saved in KELANTAN and sold by PETRONAS..
Ia membawa pengertian bahawa PETRONAS perlu membayar 5% kepada Kerajaan Kelantan terhadap sebarang penemuan yang didapati dan diperolehi (istilah yang diguna dalam perjanjian Bahasa Melayu) di Kelantan.
Jadi, apa yang pecah amanahnya? Saya sudah membuat posting yang memaparkan semua undang-undang dan perjanjian dan perbandingan perbezaan perjanjian antara PETRONAS dengan Kerajaan Persekutuan, Negeri Sabah dan Kelantan di sini. .."


Artikel penuh di kickdefella.net




"

No comments:

Post a Comment