Monday, April 22, 2013

undi PAS bermakna UNDI DAP


1 undi PAS = 1 UNDI DAP


"Mesej Guan Eng pada Hari Natal 2012 meminta Kerajaan Persekutuan mengkaji semula ketetapan mengenai isu ‘Khalimah Allah’ itu merupakan provokasi terancang. Ia mencabar peruntukan dalam Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan.


Mantan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin juga pernah menyebut mengenai peristiwa ini dalam ceramah beliau, dalam nada yang kesucian Islam telah dicabar.

Jelas bahawa kepimpinan Pas bersedia untuk membelakangkan isu-isu ini demi kerjasama politik dengan DAP, walaupun ia bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu. 

Dalam kegilaan untuk merampas Putrajaya, kepemimpinan Pas telah bertolak-ansur dengan nilai-nilai asas kesucian Islam.

Sehingga ke saat-saat ini, Pas masih tidak sedar ia tidak boleh bergantung kepada DAP untuk membawa undi Cina kepada calon-calon mereka. 

Ini adalah kerana hakikatnya, DAP tidak mempercayai Pas atas isu-isu seperti Hudud.
Isu ‘salon rambut’ dan ‘khalwat’ oleh bukan Melayu di Kelantan baru-baru ini makin menjauhkan keyakinan DAP menjana undi Cina kepada Pas.

Pada PRU-12, beberapa kerusi yang berjaya dikuasai DAP adalah atas ihsan undi yang dijana daripada sokongan dan kempen berapi Pas. Contoh ialah DUN Rahang dan Repah di Negeri Sembilan"



Petikan dari:

http://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/04/18/1-undi-pas-1-undi-dap-2/










http://kickdefella.net/2013/04/19/akhirnya-dap-terbukti-menguasai-pas/

No comments:

Post a Comment