Tuesday, May 15, 2012

As police This Is My Story

Kebanyakan rakyat Malaysia, samada pembaca media perdana mahupun media alternatif, sentiasa mendengar laungan segelintir rakyat (berbanding 27 juta rakyat lain), yang turun ke jalanan, membuat bising dan berdemonstrasi. Suara mereka kuat...jerit di sana sini... se olah-olah semua rakyat bersetuju dengan idea mereka. Sebenarnya tidak.

Saya pula mengambil langkah yang 'reverse'. Think outside the box.
Apa kata kita, rakyat biasa, memberi ruang pula (di media) kepada golongan rakyat Malaysia yang menjaga kesejahteraan dan keamanan kita. Nama nya polis.

Semalam, saya telah mendekati se orang anggota polis FRU yang telah terlibat secara langsung- sebelum, semasa dan selepas- perhimpunan haram "Bersih 3.0" dan mencadangkan dia menulis apa jua yang dia ingin luahkan dengan se ikhlas-ikhlasnya sebagai se orang manusia, se orang anggota polis, dan se orang rakyat Malaysia.

Berikut adalah luahan hatinya: (saya tidak edit ayat-ayat beliau). Saya namakan artikel ini: "This is my Story"
oleh: ANDRIHAN (nama pena)

"Ruangan Ini Berkenaan Aku Dan Perhimpunan Bersih 3.0 Yang Mana Aku Fikir Perlu Dikongsikan Kepada Masyarakat Khususnya Rakyat Malaysia Tentang Pengorbanan Anggota Polis Demi Menjaga Dan Mententeramkan Keadaan Semasa Berlangsungnya Perhimpunan Bersih 3.0 Yang Dari Awalnya Perhimpunan Aman.
                                                                     
"Pada Pandangan Awal Masyarakat Awam Banyak Menggelar Kami Ini Dengan Panggilan Yang Kurang Sedap Didengar Walhal Kami Hanya Menjalankan Tugas Kami.Perspektif Atau Tanggapan Masyarakat Melihat Cara Kami Berpakaian Dan Bertugas Pasti Ramai Yang Mencemuh.

"Bertugas Sempena Perhimpunan Aman Bersih 3.0 Banyak Cabaran Dan Dugaan Yang Masyarakat Tidak Tahu Yang Kami Bersengkang Mata Siang Dan Malam Berkawal 24 Jam Supaya Ketenteraman Awam Dapat Dipelihara Dan Bebas Dari Sebarang Anasir-Anasir Luar Yang Negatif Dan Mampu Memberi Ancaman Buruk Pada Negara.

"Oleh Itu Ramai Anggota Telah Dipanggil Dari Serata Tempat Hanya Untuk Perhimpunan Ini Misalnya Anggota Polis Dari Cawangan Trafik Dari Kedah Anggota Polis Anti Rusuhan (Fru) Dari Perak Dan Terengganu.Ramai-Ramai Berkumpul Semata-Mata Untuk Perhimpunan Ini Iaitu Perhimpunan Bersih 3.0.
Perhimpunan Yang Pada Awalnya Aman Dengan Sorakkan Dari Pihak Penganjur Dan Orang Yang Menyokongnya Menjadi Hura-Hara Dan Kelam Kabut Serta Bertukar Ganas Sehingga Menggugat Keamanan Dan Kesejahteraan Orang Awam Yang Lain.Kekecohan Berlaku Apabila Ada Segelintir Yang Ingin Menunjukkan Diri Mereka Hebat.

"Sehingga Merempuh Penghadang Yang Dibina Oleh Pihak Polis.Apabila Diminta Bersurai Oleh Pihak Polis Mereka Tidak Mengendahkan Malah Bertindak Agresif Dan Melampaui Batas Sehingga Memaksa Pihak Polis Mengambil Tindakkan Yang Minimum.Tindakan Pertama Dari Anggota Polis Balai Sebagai Lsf (Light Strike Force)

"Apabila Keadaan Tidak Terkawal Maka Pihak Polis Yang Lain Yang Lebih Dikenali Pasukan Polis Simpanan Persekutuan Atau (Fru) Mengambil Tindakan Yang Drastik Iaitu Dengan Tembakan Gas Pemedih Mata Dan Balingan Bom Asap Pemedih Mata.Tiada Tindakan Yang Berat Diambil Seperti Pukul Memukul Oleh FRU.

"Apabila Tindakan Yang Diambil Oleh Fru Selesai Barulah Unit Tangkapan Melakukan Kerja Menangkap Orang Yang Merusuh Dan Membuat Huru Hara.

"Dalam Kekecohan Itu Juga Berlaku Insiden Yang Tidak Diingini Iaitu Ada Beberapa Anggota Pois Yang Cedera Dipukul Oleh Orang Yang Merusuh.

"Tidak Cukup Dengan Itu Kenderaan Pihak Polis Juga Menjadi Bahan Untuk Melepaskan Geram Sehingga Remuk Dan Rosak.

"Keadaan Anggota Yang Dipukul Ada Yang Parah Dan Ada Yang Cedera Tahap Sederhana.

"Kekecohan Yang Berlaku Turut Merosakkan Harta Benda Awam Dan Mengakibatkan Kerugian Kepada Kerajaan Dan Peniaga.

"Kerugian Yang Dianggarkan Ratusan Ribu Ringgit Mungkin Juga Jutaan Ringgit Dan Pada Siapa Harus Dituntut Ganti Rugi Itu.Dengan Kecederaan Anggota Polis Yang Dimasukkan Ke Hospital.

"Cuba Anda Fikir Dengan Akal Fikiran Yang Waras Dan Rasional Pada Siapa Harus Kita Persalahkan.

"Cuba Kita Amati Dan Lihat Secara Terbuka Dimana Pihak Penganjur Semasa Rusuhan Itu Terjadi.

"Dan Kita Lihat Bangsa Mana Yang Lebih Ramai Datang Untuk Menjayakan Perhimpunan Bersih Ini Sehingga Bertukar Menjadi Perhimpunan Yang Dicemari Dengan Insiden Yang Tidak Diingini Dan Ganas.

"Kami Pihak Polis Hanya Menjalankan Tugas Yang Diberikan Dan Melakukan Apa Yang Terdaya Dan Yang Telah Diamanahkan Dan Kami Pihak Polis Menyeru Kepada Masyarakat Supaya Tanamkan Mentaliti Anda Tidak Menyalahkan Pihak Polis Dan Memberikan Pihak Polis Ruang Dan Masa Untuk Menyiasat Dengan Telus Tanpa Tekanan Oleh Mana Mana Pihak Yang Berkaitan Dan Mendakwa Pesalah Yang Merusuh Pada Perhimpunan Bersih 3.0

"Akhir Kata Dari Saya Renung Renungkanlah Dan Pada Pihak Polis Diraja Malaysia Jalankan Tugas Anda Dengan Tegas,Adil Dan Berhemah."

-rintihan Wira negara kita yang bernama Polis -

No comments:

Post a Comment