Salam,
G'day to all.
Here's an edited article from the mykmu Blog, to share with you.
Source:
http://www.mykmu.net/?p=19562
"Baru sekali dua kena gempak dengan orang awam yang berang dengan kekacauan yang ditimbulkan oleh perusuh Bersih 3.0, Ambiga sudah cuak bimbang keselamatan, ketenteraman dan privasinya terganggu.
"Kalau nak diikutkan perasaan, sepatutnya pihak polis buat tak tahu saja perihal keselamatan dan ketenteraman di sekitar kawasan perumahan Ambiga. Sia-sia dan membazir masa sebenarnya macam melepaskan anjing yang tersepit, silap gaya tangan kita pula yang kena gigit sekali lagi.
Tatkala
polis bertindak semata-mata mempertahankan undang-undang daripada terus
dinodai oleh peserta Bersih 3.0 yang menggila, berbakul-bakul sumpah
seranah dihamburkan – polis digelar anjing, barua, penzalim dan ganas
manakala kenderaan polis dirosakkan sesuka hati oleh anak didik Ambiga
dan Pak Samad.Berbelas orang anggota polis patah riuk cedera sana sini, yang beristeri terpaksa meninggalkan anak bini selama berhari-hari sejak dari sebelum hingga selepas demonstrasi ganas Bersih 3.0 ada pernah Ambiga mahupun Pak Samad ambil peduli?
Bila saja tersempit, pihak polis juga yang jadi tempatnya bergantung harap untuk elak kepentingan sendiri terganggu sedangkan hampir tiga minggu lepas pihak polis inilah yang dimaki hamun dan dibelasah sesuka hati oleh balaci Bersih 3.0 yang dipimpin oleh Ambiga & Pak Samad.
Kalau bukan jenis manusia hipokrit, apa lagi gelaran yang boleh kita suakan kepada Ambiga, Pak Samad dan penyokong mereka?
No comments:
Post a Comment