Wednesday, April 17, 2013

Nasib Melayu dan Islam di Pulau Pinang

Di TV1 pagi, ini kita dimaklumkan bahawa orang Melayu, dan secara langsung, orang Islam dipinggirkan.

 Menurut Yang diPertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP), kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP,

1. orang Melayu sebahagian besarnya tidak lagi mampu membeli rumah/ hartanah di Pulau Pinang.
2. Orang Melayu dipinggirkan
3. Tiada niat di pihak Kerajaan DAP untuk menyediakan (ssupply) rumah mampu-milik untuk orang Melayu
4. Kerajaan DAP tiada pelan untuk membantu peniaga atau usahawan kecil Melayu.
5. Kerajaan DAP hanya minat membantu satu golongan tertentu sahaja.

Ini memberi gambaran jelas bahawa, dengan mentaliti dan falsafah parti DAP di dalam gagasan yang dikuasainya, apatah lagi falsafah dan polisi yang DAP berupaya untuk mengenepikan orang Melayu dan Islam sekiranya DAP diberi undi dan kemenangan - melalui Pakatan Rakyat- untuk memerintah negara?
I
Wahai kalian orang Islam, jangan lah sekali-kali beri mandat kepada DAP untuk menang. 

First step: jangan lah beri satu undi pun kepada Pakatan Rakyat yang merupakan platform dan 'vehicle' untuk DAP mendapat kuasa di peringkat persekutuan.

1 undi kepada rakan Pakatan Rakyat (PKR,PAS), = 1 undi kepada DAP


(addendum, 27th April 2013)
additional reading:
http://theunspinners.blogspot.com/2013/04/melayu-johor-jangan-tertipu-dengan-dap.html

nshinah

3 comments:

  1. Saya baca blog Doctor sejak doktor comment kat blog Greenboc.... Salam perkenalan..
    saya cuba nak luahkan... Ya sy dulu penyokong tegar umno.... Sejak skolah saya baca utusan, tgok tv1, tv3... Apa yg keluar, semua saya percaya... Sejak saya belajar di matrikulasi, sy cuba jinak jinakan dalam isu politik... Saya cuba baca media media politik pembangkang dan dalam masa yg sama still mengikuti media massa...
    Namun, kepercayaan sy terhadap umno sudah hilang,.. Sebab apa? Kerna perbandingan kesahihan berita media kerajaan dan media pembangkang... Sy lihat, media kerajaan begitu banyak fitnah... Utusan pulak sudah banyak kali kalah saman fitnah, Lim Guan Eng menang dua kali saman fitnah dgn utusan... Semua ni jangan harap nak masuk kt media kerajaan..

    setiap kali cuti, rumah sy dipenuhi media media kerajaan... Ya, mak ayah sy penyokong tegar umno, seperti doktor... Cuma sy berdoa, agar mak ayah serta doktor sekali dapat dibuka kan mata ttg apa yg telah berlaku sebenarnya.... Aminnn....

    mengenai artikel di atas, sy xrasa begitu... Rumah kt penang mmg mahal sejak gerakan memerintah.... Org melayu dipingirkan? Come on la... Baca media pembangkang ttg apa DAP bantu ttg melayu.... Bukan je melayu, malah islam pun dorg terus martabatkan.... Sekolah agama, tahfiz pun dorg bg elaun, malah peruntukan utk islam bertambah...

    Ada dua perkara membuatkan hormtnya sy pada pimpinan Lim Guan Eng,
    pertama, dia telah memberi elaun kpd setia hafiz dan hafizah di penang, sbb bg dia, org yg hafaz al quran mesti org yg baik..
    kedua, dia telah bubarkan dun penang pada hari jumaat sbb bg dia, jumaat adalah hari penghulu segala hari,..
    adakah ini DAP yg telah memusnahkan melayu n islam?? Fikir fikirkan... Alhamdulillah, tanpa paksaan sesiapa, sejak masuk ke universiti, sy tekad memilih PAS....

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  2. bodohnya seorang dr berfikir.. macam katak bawah tempurung.. nak percaya bulat2 ker apa yg disiarkan oleh cabang propaganda melalui TV1.. saya rasa dengan wang yg dr ada.. silalah ke negeri Pulau Pinang dan tengok sendiri dan interview sendiri sampling penduduk pulau pinang yg Melayu.. apa kata mereka.. dan buat lawatan ke majlis agama islam pulau pinang..tanya mereka bagaimana layanan CM DAP Lim Guan Eng..

    Tanyalah dan selidiklah wahai dr.. kita kan terpelajar.. jangan telan bulat2 macam tipikal Melayu dr... please

    ReplyDelete
  3. Kepada Anonymous April 22 2013, 3.46pm. Amboi senangnya mengata orang bodoh. Hanya orang bodoh tergamak menuduh orang lain bodoh. Terutama pengampu PR. Saya Melayu Pulau Pinang yang sedih melihat hampir habis tanah Melayu di sini 'terjual' kepada Cina. Rumah di P. Pinang sebelum 2008 mahal tetapi selepas 2008 menjadi "terlalu" mahal dan tidak mampu dibeli oleh orang Melayu. Rumah kos sederhana dan kos rendah tidak dibina langsung. Bukit-bukau digondol serakusnya untuk pembinaan rumah-rumah berharga tidak kurang dari RM1 juta walau di Balik Pulau. Perniagaan kecil-kecilan orang Melayu ditutup atas berbagai alasan tidak masuk akal walhal perniagaan kaum cina dibiarkan walau menggangu lalulintas. Tetapi ada segelintir Melayu Pulau Pinang yang entah 'naive' atau buta hati boleh terpengaruh dengan sikap talam dua muka LGE dan gang. Tidakkah mereka mengambil iktibar dari keadaan Melayu Singapura sekarang? Jangan hanya pandai bersorak tetapi kampong tergadai, itu bukan 'pandai' sebenarnya tetapi tersangatlah bodoh!

    ReplyDelete