Monday, January 28, 2013

Himpunan HKR112: dalam bandar besar, agama sama, kiblat lain-lain

Allah s.w.t telah menampakkan  kepada rakyat Malaysia bagaimana  bercelarunya penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (di HKR 112) dari segi hala-tuju mereka dan  bagaimana bercelarunya saf dan urus-tadbir Pakatan Rakyat, sekiranya mereka yang mentadbir negara.

Mereka yang " dilihat bersolat" di tengah padang di Stadium Merdeka di dalam bandaraya metropolis Kuala Lumpur yang rakyatnya berteknologi tinggi, pun tidak mampu bersatu (unanimous) dalam isu saf, isu arah kiblat mahupun  isu jemaah yang amat fundamental.

Dataran Merdeka sudah lama dirancang sebagai lokasi Himpunan. Takkan lah pihak penganjur tidak membuat sebarang perancangan atau ruang khas solat atau arahan tentang arah kiblat?

Kalau pihak penganjur telah pun berbuat demikian, kenapa ramai orang dalam Pakatan Rakyat tidak ikut arahan atau mencari maklumat?

Kalau pihak penganjur tidak merancang tentang solat bagi orang ramai, maka ini jelas menunjukkan mereka tidak peka, dan tidak bijak mengurus.

Maka, jangan lah undi mereka ini   (DAP/  PKR / PAS.)

Malapetaka jadinya negara kita nanti.

Sila lihat sendiri video ringkas ini:
http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=98MO7N1d4Y8#t=8s


No comments:

Post a Comment